Showing posts with label Syurga. Show all posts
Showing posts with label Syurga. Show all posts
Green Tea
- by Ustaz Khairul Naim Che Nordin -


Zat, Sifat dan Perbuatan Allah SWT amat jauh berbeza dengan batang tubuh, perbuatan dan sifat-sifat manusia. Perbezaan ini secara tegas difirmankan oleh Allah SWT dalam surah al-Syura ayat 11 yang bermaksud:


"Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan-Nya, dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat."

Dengan penegasan ini, manusia tiada peluang langsung untuk menyerupakan dan menyamakan Allah dengan makhluk. Tiada peluang untuk cuba menonjolkan 'zahir fizikal' Tuhan mengikut khayalan atau menokok tambah sifat-sifat Tuhan menurut logik akal mereka sendiri. Bahkan, untuk mengkhayalkan bagaimana 'diri' Allah SWT itu pun bukan di bawah kemampuan manusia.

Malah dalam hal ini kita dilarang berfikir tentang zat Allah. Dalam sebuah hadis daripada Ibn Umar r.a., daripada Rasulullah SAW, Baginda bersabda: "Fikirkanlah tentang nikmat Allah dan pemberian-Nya dan janganlah engkau fikirkan tentang zat Allah." (Riwayat Abu al-Syeikh dan al-Tabarani)

Nikmat Allah SWT dan segala pemberian-Nya kepada manusia merupakan antara tanda pemurah dan penyayangnya Allah. Bahkan sudah semestinya semua itu bukti kewujudan-Nya. Yalah, masakan boleh ada nikmat tanpa wujudnya pemberi  nikmat itu.

Allah Maha Penyayang adalah antara nama-nama Allah yang 99. Walaupun Rasulullah menjelaskan 99 nama-nama tersebut, jumhur ulama secara ijma' menyatakan bahawa ia melebihi jumlah itu. Sebahagian nama Allah disebut dalam al-Quran dan juga hadis, namun ada juga yang tidak disebutkan oleh Nabi.

Nama-nama Allah SWT ini bukan sejakadar untuk dihafal dan disebut di mulut semata-mata tetapi perlu difahami dan imani dengan  sungguh-sungguh. Dalam hal ini, ulama telah menggariskan bahawa keimanan kepada nama-nama Allah SWT perlu dibuktikan dengan pengamalan dan tindakan yang sejajar dengan nama-nama tersebut.

Read More here >>

Cappuccino

KATA Imam al-Ghazali, lidah antara nikmat Allah SWT yang besar dan antara ciptaan Tuhan yang amat halus dan ganjil. Lidah mempunyai bentuk yang indah, kecil dan menarik.
Selanjutnya Imam al-Ghazali berkata: “Keimanan dan kekufuran seseorang tiada terang dan jelas, selain dengan kesaksian lidah. Lidah mempunyai ketaatan yang besar dan mempunyai dosa besar pula. Anggota tubuh yang paling derhaka kepada manusia ialah lidah. Sesungguhnya lidah alat perangkap syaitan yang paling jitu untuk menjerumuskan manusia.”
Daripada kata Imam al-Ghazali itu jelas menunjukkan kepada kita besarnya peranan lidah dalam kehidupan manusia kerana lidah kita boleh masuk syurga dan kerana lidah juga boleh dihumban kita ke neraka.
Oleh kerana lidah boleh membawa kebaikan dan keburukan dalam hidup manusia, kita perlu sentiasa berwaspada menggunakan lidah sewaktu bertutur kata. Dengan kata lain, kita hendaklah bijak menggunakan lidah apabila bercakap.
Green Tea

" Ya Allah! Sesungguhnya kami memohon akan Dikau keredhaan Engkau dan Syurga, dan kami berlindung dengan Engkau dari kemurkaan Engkau dan api Neraka "


Sesungguhnya Kehidupan Dunia ini pasti akan Musnah jua. Yang kekal adalah Kehidupan di Akhirat sana. Allah swt telah menjanjikan barangsiapa yang cara Hidupnya di Dunia ditaati pada tiap Perintah Pemilik kepada Dunia ini (Allah) dan dijauhi segala LaranganNya, akan memperolehi hasil natijah yang cukup mengembirakan iaitu SYURGA. Segala nikmat yang Belum pernah dipandang Mata, Belum pernah didengari Telinga dan belum pernah terlintas di Fikiran, terdetik di Hati Manusia. Disana penghuninya sentiasa kekal dalam keadaan Muda Umurnya, tiada lagi ditimpa Penyakit, ditimpa Ujian dan tidak pula Mati. Disediakan pula Mahligai-mahligai, Istana-istana, Sungai-sungai, Minuman, Pakaian, Perhiasan, Hamparan, Kebun-kebun, Bidadari-bidadari, Pembantu dan bermacam-macam Nikmat yang tak dapat nak digambarkan dan dihitungkan. Yang tak dapat nak dibandingkan dengan sehebat manapun Nikmat yang dirasai di Dunia ini melainkan persamaan hanya pada Namanya sahaja. Sabda Nabi saw :

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : قال الله تعالى: أعددت لعبادي الصالحين، ما لا عين رأت، ولا أذن سمعت، ولا خطر على قلب بشر . فاقرؤوا إن شئتم : فلا تعلم نفس ما أخفي لهم من قرة أعين

Rasulullah saw bersabda bahwa Allah swt berfirman : Aku menyiapkan untuk hamba-hamba-Ku yang shaleh apa-apa yang belum pernah dilihat oleh Mata, didengar oleh Telinga dan belum pernah terlintas dalam Benak manusia. Oleh karena itu bacalah kalau kamu ayat: 'Seorang pun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka yaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.' (As-Sajdah: 17). (Hr Bukhari no. 3072)

Disini akan dinyatakan sebahagan Dalil-Dalil dari al-Quran & Hadis berkaitan keadaan yang akan diperolehi Penghuni Syurga kelak.

1. Tempat (Syurga) yang akan didiami amatlah Luas. Seluas Langit dan Bumi. Firman Allah swt :

وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa. (A-li 'Imraan 133)

سَابِقُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا كَعَرْضِ السَّمَاءِ وَالأَرْضِ أُعِدَّتْ لِلَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ ذَلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ

Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar. (Al-Hadiid 21)

Para Ulama berbeza pendapat dalam menghuraikan ayat diatas. Ibn Abbas ra berkata : Iaitu digabungkan, dihimpunkan Langit dan Bumi. Menggambarkan betapa luasnya tempat tersebut. (Tafsir al-Qurtubi)

Read More here >>
Green Tea


Abul-Laits dengan sanadnya meriwayatkan dari Aisyah r.a. berkata: "Saya tanya kepada Rasullullah s.a.w., Apakah yang cinta itu ingat pada kekasihnya pada hari kiamat?" Jawab Rasullullah s.a.w.: "Adapun ditiga tempat (masa) maka tidak ingat iaitu ketika ditimbang amal sehingga diketahui apakah ringan atau berat, ketika menerima lembaran catatan amal (suhuf) sehingga ia terima imma dari kanan atau dari kiri dan ketika keluar dari neraka ular naga lalu mengepung mereka dan berkata "Aku diserahi tiga macam: Orang mempersekutukan Allah s.w.t. dengan lain Tuhan, dan orang yang kejam, penentang, zalim dan orang yang tidak percaya pada hari kiamat (hisab), maka diringkus semua orang-orang yang tersebut itu lalu dilemparkan semuanya dalam neraka jahannam, dan diatas neraka jahannam itu ada jambatan yang lebih halus dari rambut dan lebih tajam dari pedang, sedang dikanan kirinya bantolan dan duri-duri, sedang orang-orang yang berjalan diatasnya ada yang bagaikan kilat, dan bagaikan angin kencang, maka ada yang selamat, dan ada yang luka terkena bantolan duri, dan ada yang terjerumus muka kedalam neraka."

                        Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasullullah s.a.w. bersabda: "Diantara dua kali tiupan sangkakala itu jarak empat puluh tahun (Tiupan untuk mematikan dan membangkitkan semula). Kemudian Allah s.w.t. menurunkan hujan air bagaikan mani orang lelaki, maka timbullah orang-orang mati bagaikan timbulnya tanaman (sayur-sayuran)."

                        Abul-Laits juga telah meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasullullah s.a.w. bersabda: "Ketika Allah s.w.t. telah selesai menjadikan langit dan bumi, Allah s.w.t. menjadikan sangkakala dan diserahkan kepada Malaikat Israfil, maka ia meletakkannya dimulutnya melihat ke Arsy menantikan bilakah ia diperintahkan." Saya bertanya: "Ya Rasullullah, apakah shur (sangkakala) itu?" Jawab Rasullullah s.a.w.: "Bagaikan tanduk dari cahaya." Saya bertanya lagi: "Bagaimana besarnya?" Rasullullah s.a.w. menjawab: "Sangat besar bulatannya, demi Allah yang mengutuskanku sebagai Nabi s.a.w. besar bulatannya itu seluas langit dengan bumi, dan akan ditiup hingga tiga kali iaitu pertama Nafkhatul faza' (untuk menakutkan), Nafkhatus sa'aq (untuk mematikan) dan Nafkhatul ba'ats(untuk menghidupkan kembali atau membangkitkan)."

                        Dalam riwayat Ka'ab hanya dua kali tiupan, iaitu mematikan dan membangkitkan. Firman Allah s.w.t. yang berbunyi: "Wa yauma yunfakhu fafazi'a man fissamawati waman fil ardhi illa man sya Allah (Yang bermaksud) Dan pada hari ditiup sangkakala maka terkejut takut semua yang dilangit dan yang dibumi, kecuali yang dikehendaki oleh Allah.    (Surah Annamel : 87)

                        Dan pada saat itu tergoncangnya bumi, dan manusia bagaikan orang mabuk sehingga ibu yang mengandung gugur kandungannya dan yang meneteki lupa terhadap bayinya, dan anak-anak segera beruban dan syaitan-syaitan laknatullah berlarian. Maka keadaan itu berlaku beberapa lama kemudian Allah s.w.t. menyuruh Israfil meniup sangkakala kedua.

                        Firman Allah s.w.t. yang berbunyi: "Wa nufikhafishshuri fasha'iqa man fissamawati waman fil ardhi illa man sya Allah. Tsumma nufikha fihi ukhra fa idza hum qiyamun yandhurun. (Yang bermaksud) Dan ketika ditiup sangkakala maka matilah semua yang dilangit dan bumi kecuali yang dikehendaki Allah, kemudian ditiup lagi, tiba-tiba mereka bangun dan melihat.   (Surah Azzumar : 68)

Cappuccino
- by Ustaz Amaluddin Mohd. Napiah -


Bagi umat Muhammad s.a.w. ada khabar gembira yang akan menjadikan kita sentiasa bermotivasi dan penuh komitmen di jalan kesolehan dan keimanan.

Setiap 1000 orang disertai 70,000 orang

Di dalam Musnad Iman Amad, Sunan Tirmizi, dan Sunan Ibnu Majah daripada hadis Abu Umamah daripdad Nabi s.a.w., Baginda bersabda:

"Tuhanku telah menjanjikan kepadaku bahawa ada daripada umatku yang akan masuk syurga sebanyak 70,000 orang tanpa hisab ataupun azab. Berserta setiap ribu orang ada 70,000 orang lagi..."

Kita memohon kepada Allah s.w.t. agar Dia menjadikan kita termasuk golongan mereka. 

Cubalah anda hitung...70,000 orang menyertai setiap seribu orang daripada yang 70,000 itu, berapakah jumlah keseluruhannya mereka-mereka yang bakal dimasukkan syurga tanpa hisab?!

Betapa  agung dan pemurahnya Allah s.w.t..

Dua pertiga ahli syurga adalah umat Nabi s.a.w.

Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa jumlah ahli syurga daripada umat ini dua pertiga daripada seluruh jumlah ahli syurga. Maka julmah umat Muhammad s.a.w. yang masuk syurga lebih banyak dibanding jumlah seluruh umat yang lalu.

Berita  gembira ini datang daripada Nabi s.a.w. ketika bersabda kepada para Sahabatnya pada suatu hari:

"Redhakah kalian, kalau kalian menjadi seperempat (1/4) daripada penduduk syurga?"

Kami menjawab, "Ya." Baginda bersabda, "Redhakah kalian menjadi sepertiga (1/3) daripada penduduk syurga?"

Kami menjawab, "Ya." Sabda Baginda lagi, "Redhakah kalian menjadi setengah (1/2) daripada penduduk syurga?"

Kami menjawab, "Ya." Baginda bersabda lagi, "Demi Allah yang jiwaku ada dalam tangan-Nya, sesungguhnya aku berharap kalian menjadi setengah (1/2) daripada penduduk syurga kerana syurga tidak akan dimasuki kecuali oleh jiwa yang Muslim dan tidaklah jumlah kalian dibanding ahli syirik kecuali seperti jumlah bulu putih pada kulit sapi hitam atau seperti bulu hitam pada kulit sapi merah." (Riwayat Bukhari 6047)


Cappuccino
- by Zuraimi Ismail -

Segala-galanya sudah diputuskan. Hati sudah nekad dan niat sudah bulat. Biar apa pun yang terjadi, pergi tetap pergi. Berpantang maut sebelum ajal.

Gendang perang sudah pun dipalu. Rasulullah saw sedang bersiap diri untuk menyahut bunyi paluan itu. Gemanya beralun memenuhi ruang angkasa. Kemudian menjauh dan terus menjauh dibawa terbang dek deru angin padang pasir hingga ke lereng-lereng perbukitan di dataran Uhud. Di sanalah medan tempurnya.

Rasulullah saw melemparkan pandangan ke arah sekumpulan Sahabat yang sedang menunggu Baginda. Daripada warna wajah mereka, secalit pun tidak terlukis bayang-bayang takut atau cemas. Tiada apa yang perlu ditakutkan kiranya bunyi semboyan perang itu adalah suara-suara lambaian sang bidadari di taman syurga.

"Salam ke atas engkau, wahai Nabi Allah," ucap satu suara tiba-tiba. Rasulullah saw lantas berpaling. Air muka Baginda sedikit bertukar, seketika.

"Untuk apa engkau ke mari, wahai Amar bin Tsabit?" Rasulullah saw mengaju pertanyaan.

"Wahai Nabi Allah, aku meminta belas ihsanmu. Islamkan aku, " kata Amar sungguh-sungguh.

Tuntutan itu mengejutkan Rasulullah saw. Namun Baginda menyambut dengan senyum kesyukuran. Apabila Allah melimpahkan taufik dan petunjuk-Nya ke dalam hati seseorang hamba-Nya, mudah sahaja berlaku perubahan meskipun mendadak dan tidak pernah terduga oleh sesiapa.

Read More here >>

Cappuccino

Perkara yang membawa seseorang wanita kepada keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Antaranya, hendaklah melaksanakan kewajipan agama.
Dalam sebuah hadis riwayat al-Bazaar, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Jika seseorang wanita solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.
Kedua, hendaklah mentaati suami. Hal ini disebut dalam banyak hadis, antaranya hadis riwayat at-Tabarani, daripada Abdullah bin Salam bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Sebaik-baik wanita adalah wanita yang menyenangkanmu jika kamu melihatnya, mentaatimu jika kau menyuruhnya dan dapat menjaga dirinya dan hartamu ketika engkau tidak bersamanya.
Ketiga, selalu mengingati Allah. Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Hendaklah kamu (para wanita) memperbanyak membaca tasbih, tahlil, taqdis dan hitunglah dengan ruas jari-jari kerana sesungguhnya mereka akan ditanya dan akan dijadikannya boleh berbicara. Janganlah kamu lalai sehingga melupakan rahmat Allah.
Keempat, solat malam. Dalam hadis riwayat Abu Daud daripada Abu Hurairah r.a dan Abu Said r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Sesiapa yang bangun tengah malam, kemudian membangunkan isterinya, lalu mereka melakukan solat berjemaah dua rakaat, maka mereka akan dimasukkan dalam golongan orang-orang yang banyak mengingati Allah.
Kelima, berbuat baik dan banyak bersedekah. Dalam sebuah hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Wahai semua wanita, bersedekahlah walaupun dari perhiasan kamu sekalian. Sesungguhnya kamu kelak paling banyak menjadi penghuni neraka. Demikianlah, wallahualam
- Source islamituindah.com -
Green Tea

1. Jangan putus asa

Seorang pencinta sejati tidak akan pernah berputus asa. Dalam perkahwinan, ketabahan dan kesabaran itu amat penting, umpama isi kelapa; amal patinya, buang hampasnya.
Jangan sesekali menjadikan cinta yang pernah hadir dahulu umpama embuh pada pagi hari, kerana sedikit demi sedikit ia menghilang kala bahang mentari kian meninggi. Jika ini dapat dilakukan, maka langkah kedua pasti lebih mudah untuk dilalui, in sha Allah.

2. Perkasakan cinta

Andai pertemuan dengan pasangan adalah kerana cinta, maka pertahankan rasa cinta itu. Namun ia terlebih dahulu perlu dibersihkan daripada nafsu yang menipu, kemudian diperkasakan pula dengan cinta kepada-Nya. 
Gelora cinta ini akan menjadi penawar yang menolak segala kebencian yang hadir terutama ketika berhadapan dengan kerenah pasangan. Jika benar-benar mencinta suami ataupun isteri, maka perasaan cinta ini mampu berfungsi sebagai perangsang untuk membantu pasangan keluar daripada kelalaiannya.
Insafilah, andai benar anda mencinta pasangan di dunia ini dan berkeinginan meneruskan alam percintaan di syurga abadi, in sha Allah, maka dua langkah di atas jangan sesekali diabaikan. Sematkan ayat cinta ini dada kalian; sebagai peringatan, sebagai pedoman cinta orang bertakwa.
Firman-Nya yang bermaksud: "Teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang yang bertakwa." (Surah al-Zukhruf 43:67)

3. Gantungkan harapan

Jika mengharapkan cinta berkesinambungan hingga ke syurga, maka pergantungan yang benar harus diletakkan kepada-Nya. Mengharap pada manusia, rasa kecewa akan menjelma apabila jalan-jalan harapan itu dinodai dengan perlakuan yang tidak terjangka.
Akan tetapi, menggantung harapan kepada Allah, walau apa jua yang berlaku di akhirnya, maka jiwa akan reda dan pasrah atas setiap ketentuan Yang Esa.
Green Tea

If mother of Prophet Isah (Jesus) (AS), Maryam, had carried and delivered him all in a single day, world would have praised it as a miracle. They would have referred her as a woman with divinity (special powers from God). No one would have thrown stones at her, isolated or accused her of wrongdoings.
Why did not Allah make this a miracle happening all in a single day?
That is the natural procedure Allah would carry out his decision. We can understand this fact from many mentions in Qur’an. If Allah decides to test His slave, that would occur in all normal and ordinary way- be it an ailment, hunger or fear- everything happens in its natural way. But, we have been completely wrong in perceiving this in real sense. A believer must comprehend that whatever Allah orders would certainly happen in his life and whatever happened in the past and present are as per the decrees of Allah. This comprehension is something which is possible only for a believer. Let’s see what Allah orders to the gallant warriors who fight with the enemies in the battlefield.
He says in Surah Thouba, verse 51:
Say: “Nothing will happen to us except what Allah has decreed for us, He is our protector”, and on Allah let the Believers put their trust (Qura’n 9:51).
Green Tea
- Ustaz Amaluddin Mohd Napiah  -




Tiada manusia semulia dan seagung junjungan Nabi Muhammad s.a.w.. Baginda mulia die dunia dan mulia di akhirat. Mulia di sisi Allah dan mulia di sisi makhluk. Maka, tiada siapa pun yang lebih layak memasuki syurga paling awal kecuali Baginda. Bagindalah manusia pertama yang memasuk pintu syurga Allah.

Dariapada Anas bin Malik r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Pada hari kiamat nanti aku akan mendatangi pintu syurga, kemudian aku meminta agar dibukakan (pintunya). Maka penjaga bertanya, 'Siapa anda?' Aku menjawab, 'Muhammad.' Selanjutnya dia berkata, 'Aku diperintahkan agar membuka pintu ini hanya untukmu dan ianya dilarang bagi seorang pun sebelummu.'" (Riwayat Muslim)

Daripada Huzaifah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Semua anak Adam berada di bawah benderaku pada hari kiamat, dan aku orang pertama yang dibukakan pintu syurga." (Shahih al-Jami')
Labels: 0 comments |