Cappuccino
Bagi orang mukmin, ilmu adalah penyuluh hidupnya. Pengalamannya adalah pengajaran, iktibar dan penasihatnya. Takutnya kepada Tuhan adalah pengawal diri. Sabarnya adalah perisai hidupnya. Redha dengan Tuhan kerana baik sangka dengan Tuhannya. Tawakalnya adalah harapan masa depannya. Bacaan Al Quran adalah hiburannya dan bercakap-cakap dengan Tuhan. Juga perbualannya dan bercakap dengan Tuhan Pencipta manusia. Selawat adalah penyejuk dan pelembut hatinya. Doa dan permintaannya kepada Tuhannya tanda dia hamba. Hamba adalah hina, lemah, memerlukan pertolongan Tuhannya. Sembahyang adalah pembaharuan ikrar dan membaharukan syahadah. Serta membersihkan jiwa dari mazmumah. Begitulah peranan setengah daripada sifat-sifat mahmudah. Juga setengah daripada peranan mendirikan solat. Kalau begitu cuba gambarkan orang yang tidak bersembahyang. Yang juga memiliki sifat-sifat mazmumah. Ertinya segala masalah berkumpul di kepala dan jiwanya. Bagaimana tidak menderita dan terseksa. Mampukah menanggungnya?
Dalam jalan ke arah Usaha Taqwa, ilmu Fardhu Ain adalah sangat penting dan diperlukan sebagai penyuluh kepada perjalanan menuju Allah dalam usaha membaiki diri, mempertingkatkan diri, melatih diri, menjadi orang yang bertaqwa serta mendapat redha dan kasih sayang Allah. Maka Fardhu Ain memainkan peranan bagi setiap Muslim sebagai panduan hidup di dunia sebagai persiapan ke alam akhirat yang kekal abadi.
Di dalam ajaran Islam, secara umum ilmu-ilmu Fardhu Ain yang penting itu boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:
1. Usuluddin (aqidah)
2. Feqah (syariat)
3. Tasawuf (akhlak)
Dalam pengamalannya, setiap orang Islam mestilah melaksanakan secara serentak ketiga-tiga ilmu tadi. Sama ada dari segi teori mahupun praktikal, atau dari segi ilmiah dan amaliahnya.
Tiga ilmu ini merupakan tiga serangkai yang tidak boleh dipisah-pisahkan. Kalau dipisah pisahkan salah satu daripada tiga serangkai itu, maka akibatnya rosaklah yang lainnya. Ertinya amalan Islam itu menjadi sah apabila ketiga-tiga ilmu tersebut dilaksanakan sekaligus dan serentak. Ia tidak boleh diamalkan satu-satu sahaja tanpa yang lain. Ber`feqah’ saja atau ber`usuluddin’ saja atau berakhlak saja, tentu akan merosakkan ke-Islaman seseorang. Jadi tiga serangkai ilmu ini tidak boleh dipisah-pisahkan dalam seluruh tindakan hidup. Kalau dipisahkan dalam pengamalan seharian, paling tidak seseorang itu akan jadi orang fasiq. Bahkan berkemungkinan ia akan jatuh kepada kafir tanpa ia sedar.
Cappuccino
Iman Ibn al-Qayyim rhm. dalam kitabnya yang bertajuk al-Ruh menyatakan bahawa untuk memiliki sifat tawaduk ini:
- Seseorang itu perlulah berusaha untuk memiliki ilmu mengenal Allah terlebih dahulu dengan cara mengetahui nama-nama dan sifat-sifat Allah dengan sempurna.
- Kemudian hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk menyayangi dan mengagungkan Allah. Hal ini kerana sifat tawaduk akan lahir setelah seseorang itu mengenal dan tunduk patuh kepada Penciptanya.
- Pada masa yang sama, dia perlu juga berusaha mengenali diri serta sifat-sifat buruk yang bersarang dalam jiwanya dan berusaha untuk membuangnya.
Hasil gabungan usaha mengenal Allah dan mengetahui kelemahan diri sebagai makhluk ciptaan-Nya ini akan melahirkan sifat tawaduk yang tinggi dalam diri seseorang. Sifat tawaduk ini akan menatijahkan sikap penyerahan diri yang sepenuhnya kepada Allah.
Maka, seseorang itu tidak akan memandang dirinya lebih baik berbanding orang lain. Dia tidak akan berlagak sombong di hadapan manusia lain serta mementingkan hak dan kepentingan dirinya sahaja.
Bahkan dia akan sentiasa memandang orang lain lebih baik daripada dirinya serta akan sentiasa berusaha menyempurnakan hak dan kepentingan orang lain.
Sesungguhnya akhlak yang mulia ini hanya dianugerahkan oleh Allah kepada hamba yang mencinta-Nya, memuliakan-Nya dan sentiasa berusaha untuk bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada-Nya.
Cappuccino
Perkataan Allah Ta'ala قَالَ لَهُ مُوسَىٰ هَلْ أَتَّبِعُكَ عَلَىٰ أَنْ تُعَلِّمَنِ مِمَّا عُلِّمْتَ رُشْدًا
Musa berkata kepada Khidhr: "Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu?" (Al Kahfi : 66)
*Ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang menunjukkan kepada kebaikan
Rosululloh shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ صَالِحَ الْأَخْلاَقِ ”
“Aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.” [H.R. Al-Hakim dan dinilai sahih oleh beliau, adz-Dzahabi dan al-Albani].
Imam Syafi’i rahimahullah pernah berkata,
شَكَوْت إلَى وَكِيعٍ سُوءَ حِفْظِي فَأَرْشَدَنِي إلَى تَرْكِ الْمَعَاصِي
وَأَخْبَرَنِي بِأَنَّ الْعِلْمَ نُورٌ وَنُورُ اللَّهِ لَا يُهْدَى لِعَاصِي
“Aku pernah mengadukan kepada Waki’ tentang jeleknya hafalanku. Lalu beliau menunjukiku untuk meninggalkan maksiat. Beliau memberitahukan padaku bahwa ilmu adalah cahaya dan cahaya Allah tidaklah mungkin diberikan pada ahli maksiat.” (I’anatuth Tholibin, 2: 190).
Ibnul Qayyim rahimahullah mengatakan, “Jika hati sudah semakin gelap, maka amat sulit untuk mengenal petunjuk kebenaran.” (Ad Daa’ wad Dawaa’,107.)
Abullah bin Mubarak: “Berkata kepadaku Makhlad bin Husain -rahimahullah-: “Kami lebih butuh kepada adab walaupun sedikit daripada hadits walaupun banyak”. (Jami’ li Akhlaqir-Rawi wa Adabis-Sami’ 1/80)
Cappuccino
- by Syaikhul Islam Ibnu Thaimiyyah-
Syaikhul Islam Ibnu Thaimiyyah berkata:
والذنوب تنقص الإيمان فإذا تاب العبد أحبه الله وقد ترتفع درجته بالتوبة قال بعض السلف كان داود بعد التوبة خيرا منه قبل الخطيئة فمن قضى له بالتوبة كان كما قال سعيد ابن جبير إن العبد ليعمل الحسنة فيدخل بها النار وإن العبد ليعمل السيئة فيدخل بها الجنة وذلك أنه يعمل الحسنة فتكون نصب عينة ويعجب بها ويعمل السيئة فتكون نصب عينة فيستغفر الله ويتوب إليه منها
“Dan dosa-dosa akan mengurangi keimanan. Apabila seseorang hamba itu bertaubat, maka Allah akan mencintainya dan ketika itu diangkat darjatnya kerana taubat tersebut. Telah berkata sebahagian dari para salaf: “Dahulu setelah Nabi Daud ‘alahis salam bertaubat, keadaannya lebih baik dibandingkan sebelum dia terjatuh ke dalam kesalahan. Maka barangsiapa yang ditakdirkan untuk bertaubat, maka dirinya seperti yang dikatakan oleh Sa’id ibnu Jubair radiyallahu anhu, “Sesungguhnya seorang hamba yang beramal dengan amalan kebaikan, boleh jadi dengan sebab amalan kebaikannya itu akan memasukkannya ke dalam neraka. Boleh jadi pula seorang hamba melakukan amalan keburukan akan tetapi membawa dirinya masuk ke dalam surga. Hal itu adalah kerana dia membanggakan amalan kebaikannya. Sebaliknya, hamba yang terjatuh ke dalam kesalahan membawa dirinya untuk beristighfar kepada Allah dan memohon ampun kepada-Nya, kemudian Allah mengampuni kesalahan-kesalahannya.“