Showing posts with label Nabi. Show all posts
Showing posts with label Nabi. Show all posts
Green Tea
- by Ustaz Khairul Naim Che Nordin -


Zat, Sifat dan Perbuatan Allah SWT amat jauh berbeza dengan batang tubuh, perbuatan dan sifat-sifat manusia. Perbezaan ini secara tegas difirmankan oleh Allah SWT dalam surah al-Syura ayat 11 yang bermaksud:


"Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan-Nya, dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat."

Dengan penegasan ini, manusia tiada peluang langsung untuk menyerupakan dan menyamakan Allah dengan makhluk. Tiada peluang untuk cuba menonjolkan 'zahir fizikal' Tuhan mengikut khayalan atau menokok tambah sifat-sifat Tuhan menurut logik akal mereka sendiri. Bahkan, untuk mengkhayalkan bagaimana 'diri' Allah SWT itu pun bukan di bawah kemampuan manusia.

Malah dalam hal ini kita dilarang berfikir tentang zat Allah. Dalam sebuah hadis daripada Ibn Umar r.a., daripada Rasulullah SAW, Baginda bersabda: "Fikirkanlah tentang nikmat Allah dan pemberian-Nya dan janganlah engkau fikirkan tentang zat Allah." (Riwayat Abu al-Syeikh dan al-Tabarani)

Nikmat Allah SWT dan segala pemberian-Nya kepada manusia merupakan antara tanda pemurah dan penyayangnya Allah. Bahkan sudah semestinya semua itu bukti kewujudan-Nya. Yalah, masakan boleh ada nikmat tanpa wujudnya pemberi  nikmat itu.

Allah Maha Penyayang adalah antara nama-nama Allah yang 99. Walaupun Rasulullah menjelaskan 99 nama-nama tersebut, jumhur ulama secara ijma' menyatakan bahawa ia melebihi jumlah itu. Sebahagian nama Allah disebut dalam al-Quran dan juga hadis, namun ada juga yang tidak disebutkan oleh Nabi.

Nama-nama Allah SWT ini bukan sejakadar untuk dihafal dan disebut di mulut semata-mata tetapi perlu difahami dan imani dengan  sungguh-sungguh. Dalam hal ini, ulama telah menggariskan bahawa keimanan kepada nama-nama Allah SWT perlu dibuktikan dengan pengamalan dan tindakan yang sejajar dengan nama-nama tersebut.

Read More here >>

Cappuccino


Selalu Bangun Tidur Awal

Rasulullah s.a.w. selalu bangun tidur sebelum subuh bagi melaksanakan solat sunnah. Suasana segar pada waktu subuh amat mencergaskan minda.

Tidak Suka Marah

Marah berlebihan akan membuatkan seseorang itu panas baran dan boleh menghidap darah tinggi. Sifat Rasulullah s.a.w. adalah penyantun dan amat pemaaf. Baginda sering mengajar para sahabat agar menahan marah dan menganjurkan agar banyak bersabar.

Suka Buat Kerja

Antara perangai Rasulullah s.a.w. yang amat disenangi oleh isteri-isteri baginda ialah sifat ringan tulang melakukan sesuatu dengan sendiri, seperti menjahit, memasak, membantu urusan rumah. Ringan tulang menyebabkan baginda berpeluh dan sihat.

Suka Berjalan Kaki

Sama ada ke pasar atau ke kebun, baginda gemar berjalan dan menyapa sahabat. Kadang kala, baginda mengunjungi rumah para sahabat. Dengan berjalan, baginda menggerakkan seluruh tubuh dan ini dapat melancarkan aliran darah dan yang baik untuk jantung.

Read More here >>

Cappuccino


Dari Nawas bin Sam’an, dia berkata, “Pada suatu pagi, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallamberbicara mengenai . Kadang-kadang beliau merendahkan suaranya, kadang-kadang meninggikannya, sehingga kami merasa seolah-olah berada dalam sekelompok lebah. Pada petang hari, kami mendatangi beliau dan beliau sudah mengetahui persoalan kami.

Beliau bertanya, ‘Apa kabar kalian?’ Kami menjawab, ‘Wahai Rasulullah, tadi pagi Anda berbicara mengenai Dajjal. Kadang-kadang Anda merendahkan suara dan kadang-kadang meninggikannya, sehingga kami seolah-olah berada dalam sekerumunan lebah.’
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Bukan Dajjal yang mengkhawatirkanku terhadap kalian semua. Jika ia muncul dan aku masih berada di antara kamu, tentu aku akan membelamu atasnya. Dan jika ia muncul, sedangkan aku sudah tidak ada di sampingmu, maka setiap manusia akan menjadi pembela atas dirinya sendiri, dan Allah Subhanahu wa Ta’ala menggantikanku menjadi pembela atas setiap orang muslim. Dajjal adalah pemuda berambut keriting, matanya picek dan aku lebih cenderung mengumpamakannya seperti Abdul Uzza bin Qathan. Barangsiapa di antara kamu yang bertemu dengannya, bacakan kepadanya permulaan surat Al-Kahfi. Dia akan muncul di suatu tempat sunyi antara Syam dan Iraq, lalu dia merusak ke kanan dan ke kiri. Wahai hamba Allah, karena itu teguhkan pendirianmu!’
Kami bertanya, ‘Wahai Rasulullah, berapa lama dia tinggal di bumi?’ Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, ’40 hari. Satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti sepekan, dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang.’
Kami bertanya, ‘Wahai Rasulullah, ketika sehari seperti setahun, cukuplah bagi kami kalau shalat hanya sehari?’ Beliau menjawab, ‘Tidak, tetapi hitunglah bagaimana pantasnya.’
Kami bertanya, ‘Wahai Rasulullah, berapa kecepatan berjalan di bumi?’ Beliau menjawab, ‘Seperti hujan ditiup angin.’ Dia mendatangi suatu kaum, maka diajaknya kaum itu supaya beriman kepadanya, lalu mereka beriman dan mematuhi segala perintahnya. Dia memerintahkan langit supaya hujan, maka tumbuhlah tumbuh-tumbuhan di muka bumi. Bila hari telah petang, ternak mereka pulang ke kandang dalam keadaan lebih gemuk dan dengan susu yang lebih besar karena cukup makan.
Green Tea


Nabi Ibrahim adalah putera Aaazar (Tarih) bin Tahur bin Saruj bin Rau' bin Falij bin Aaabir bin Syalih bin Arfakhsyad bin Saam bin Nuh A.S. Ia dilahirkan di sebuah tempat bernama "Faddam A'ram" dalam kerajaan "Babylon" yang pd waktu itu diperintah oleh seorang raja bernama "Namrud bin Kan'aan."
Kerajaan Babylon pd masa itu termasuk kerajaan yang makmur rakyat hidup senang, sejahtera dalam keadaan serba cukup sandang mahupun pandangan serta saranan-saranan yang menjadi keperluan pertumbuhan jasmani mrk.Akan tetapi tingkatan hidup rohani mrk masih berada di tingkat jahiliyah. Mrk tidak mengenal Tuhan Pencipta mereka yang telah memberi karunia mereka dengan segala kenikmatan dan kebahagiaan duniawi. Persembahan mrk adalah patung-patung yang mereka pahat sendiri dari batu-batu atau terbuat dari lumpur dan tanah.
Raja mereka Namrud bin Kan'aan menjalankan tampuk pemerintahnya dengan tangan besi dan kekuasaan mutlak.Semua kehendaknya harus terlaksana dan segala perintahnya merupakan undang-undang yang tidak dpt dilanggar atau di tawar. Kekuasaan yang besar yang berada di tangannya itu dan kemewahan hidup yang berlebuh-lebihanyang ia nikmati lama-kelamaan menjadikan ia tidak puas dengan kedudukannya sebagai raja. Ia merasakan dirinya patut disembah oleh rakyatnya sebagai tuhan. Ia berfikir jika rakyatnya mahu dan rela menyembah patung-patung yang terbina dari batu yang tidal dpt memberi manfaat dan mendtgkan kebahagiaan bagi mrk, mengapa bukan dialah yang disembah sebagai tuhan.Dia yang dpt berbicara, dapat mendengar, dpt berfikir, dpt memimpin mrk, membawa kemakmuran bagi mrk dan melepaskan dari kesengsaraan dan kesusahan. Dia yang dpt mengubah orang miskin menjadi kaya dan orang yang hina-dina diangkatnya menjadi orang mulia. di samping itu semuanya, ia adalah raja yang berkuasa dan memiliki negara yang besar dan luas.
Di tengah-tengah masyarakat yang sedemikian buruknya lahir dan dibesarkanlah Nabi Ibrahim dari seorang ayah yang bekerja sebagai pemahat dan pedagang patung. Ia sebagai calun Rasul dan pesuruh Allah yang akan membawa pelita kebenaran kepada kaumnya,jauh-jauh telah diilhami akal sihat dan fikiran tajam serta kesedaran bahwa apa yang telah diperbuat oleh kaumnya termasuk ayahnya sendiri adalah perbuat yang sesat yang menandakan kebodohan dan kecetekan fikiran dan bahwa persembahan kaumnya kepada patung-patung itu adalah perbuatan mungkar yang harus dibanteras dan diperangi agar mrk kembali kepada persembahan yang benar ialah persembahan kepada Tuhan Yang Maha Esa, Tuhan pencipta alam semesta ini.
Semasa remajanya Nabi Ibrahim sering disuruh ayahnya keliling kota menjajakan patung-patung buatannya namun karena iman dan tauhid yang telah diilhamkan oleh Tuhan kepadanya ia tidak bersemangat untuk menjajakan barang-barang itu bahkan secara mengejek ia menawarkan patung -patung ayahnya kepada calon pembeli dengan kata-kata:" Siapakah yang akan membeli patung-patung yang tidak berguna ini? "



Cappuccino
- by Akhi Surrya & Aina Amidin -



Saudari-saudara sekalian , masihkah kita ingat kisah perjuangan dan ketabahan seorang Nabi yang bernama Ayub a.s. Begitu tersentuh kala mendengar kisah Nabi Ayub a.s yang telah disampaikan oleh Ustazah Nurhafizah Musa ketika di rancangan Halaqah sentuhan Qalbu yang berjudul 'Nota deritaku'.
Izinkan saya untuk berkongsi atas nama cinta kepada Allah.
Ia bermula dengan Nabi Ayub a.s telah ditimpa pelbagai penyakit yang dasyhat sehingga dia tidak upaya untuk bangun , dan pada masa itu juga daripada awal Nabi Ayub a.s menjadi seorang yang kaya raya , dengan tiba-tiba akhir nya Nabi Ayub a.s menjadi faqir miskin. Hartanya hancur begitu saja kerana ditimpa pelbagai kesulitan.
Maka datang lah iblis itu menyamar sebagai lelaki dan mencuba untuk menggoda Nabi Ayub a.s supaya tidak berharap pada Allah s.w.t.
Si iblis berkata : "Sungguh malang nasib mu wahai Ayub , dulu kamu orang kaya sekarang kamu miskin. kasihan sekali dengan kamu."
Tapi Nabi Ayub a.s menjelaskan dengan penuh ketabahan.
"Segala puji bagi Allah, Allah telah mencurah diri ku nikmat , dimana nikmat itu adalah hak milik Allah.. dan saat Allah ingin kembali nikmat tersebut diambil. Maka Allah layak untuk mengambil nya dan aku sangat bersyukur kepada-Nya."
SubhanaAllah!
Hebatnya orang yang bersyukur kepada Allah. Impak kebaikan kesyukuran tersebut akan kembali pada kita sendiri. Itulah kekayaan syukur , Allah tambah cinta dan kasih kepada kita semua.
"..... Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji."
(Surah Luqman ayat 12)
Betapa hebatnya kesyukuran Nabi Ayub a.s sehingga Iblis laknatullah benci , berdendam dan sangat kecewa...
Pada satu saat, Allah SWT menguji lagi ketabahan Nabi Ayub di mana baginda ditimpa ujian dengan kematian anak-anaknya yang soleh, yang selama ini menyokong perjuangan baginda. Anak Nabi ayub a.s kesemuanya ditaqdirkan mati di dalam sebuah gempa bumi yang dahsyat.
Iblis datang lagi mengambil kesempatan terus menerus menghasut Nabi Ayub a.s ,
"Wahai Ayub , apa yang ada pada mu ! harta benda mu telah pun hilang , anak-anak kamu semua nya telah diambil kembali oleh Allah. Apa yang ada pada kamu?"
Lalu Nabi Ayub a.s menjawab dengan penuh rendah hati,
"Anak-anak itu adalah milik Allah. Dia yang menghidup kan dan Dia jua yang mematikan. Segala puji bagi Allah."
Nabi Ayub tidak putus asa kepada Allah walau pun telah kehilangan segala-galanya, tapi beliau redha selagi tidak kehilangan cinta Allah. Inilah sifat dan ciri-ciri orang yang beriman kepada Allah.
Tidak putus asa walau apa jua sekali pun , kerana mereka tahu ujian itu adalah satu didikan langsung daripada Tuhan. Allah mendidik kita melalui kesusahan, kesenangan, pujian mahu pun cercaan.
Seolah-olah Tuhan berpesan. ..
Cappuccino
Kaum Nabi Luth a.s. adalah diantara kaum-kaum terdahulu yang terkenal dalam
sejarah dunia, kerana mereka bergelumang dengan aktiviti hubungan jenis yang ganjil lagi keji. Mereka
akhirnya telah dibinasakan oleh Allah dengan bencana yang amat dahsyat. Kejadian ini dianggarkan
berlaku kira-kira tahun 1800 SM(1).
Nabi Luth a.s. telah diutuskan oleh Allah kepada satu kaum yang mendiami di sekitar Kota Sadum,
iaitu terletak di kawasan Laut Mati sepanjang sempadan Palestin, Jordan. Hampir keseluruhan kaum ini
mengamalkan gaya hidup songsang. Iaitu melakukan hubungan kelamin sesama lelaki dan
meninggalkan perempuan. Kelakuan ini adalah suatu penyelewengan fitrah yang amat buruk.

Read More here >>

Labels: , 0 comments |
Cappuccino
Al Habib Sholeh bin Ahmad bin Salim Al Aydrus -

Di dalam Al-Quran nama "Khidhir" RA tidak disebut secara sharih (tegas dan lugas). Namun, ada ceritera Nabi Musa yang mendapat perintah Allah SWT untuk berguru kepada salah seorang hamba-Nya yang shalih dan dirahmati dengan ilmu ladunni, yaitu ilmu ghaib yang secara khusus diberikan oleh Allah SWT langsung dari sisi-Nya tanpa perantara guru zhahir (dari golongan manusia).

Orang shalih yang ditemui Nabi Musa AS dan dijadikari guru tersebut menurut pendapat jumhur ulama tafsir (mufassiriin) adalah seorang yang terkenal dengan julukan "Khidhir' RA. Nama panggilannya adalah Abal Abbas, nama aslinya Balya bin Mulkan bin Faaligh bin 'Aabir bin Syaalikh bin Arfakhsyad bin Syam bin Nuh AS. Dia adalah keturunan para raja.

Adapun sebab dari datangnya perintah Allah SWT kepada Nabi Musa AS untuk belajar kepada Khidhir adalah sebagai berikut:
Berdasarkan sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Ibnu Abbas dari Ubai bin Ka'ab, Rasulullah SAW bersabda: Ketika bangsa Israel sudah terbebas dari kejaran Fir'aun, Nabi Musa AS berkhutbah di depan Bani Israel, umatnya.

Isi khutbah itu sangat menyentuh kesadaran para pendengarnya, maka bercucuran air mata mereka. Hati mereka juga bergetar hebat, karena sangat terkesan.
Dalam kesempatan tersebut, datang seorang laki-laki dari Bani Israel dan bertanya kepada- Nabi Musa AS, "Ya Rasulullah, adakah di muka bumi ini seorang yang lebih pandai dari Tuan?"
Nabi Musa menjawab, "Tidak ada."


Read More here >>
Labels: , 0 comments |