..Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras." (Surah Ibrahim 14 : 7).
Terima Kasih! Ucapan paling mudah dan kerap kita lafazkan setiap hari apabila menerima pemberian daripada orang lain berupa hadiah, sedekah, perkhidmatan, pertolongan atau sekadar budi bahasa dan senyuman. Bayangkan sekiranya pemberian yang sekecil ini daripada hamba yang lemah seperti kita pun kita hargai, bagaimana pemberian yang lebih besar?
Udara yang kita hirup, air yang kita minum, makanan yang kita makan, adalah sebahagian kecil nikmat anugerah Allah kepada hamba-hamba-Nya. Kita mungkin tidak menyedari segala pemberian ini kerana menikmatinya terlalu lama sejak dilahirkan sehingga kini.
Namun kita hanya merasai besarnya nikmat ini selepas kehilangannya. Justeru itu sudah sewajarnya kita yang menerima segala kemudahan yang tidak terbatas ini mengucapkan terima kasih kepada Allah s.w.t.
Tidak Syukur Membawa kepada Kufur
Bersyukur atau berterima kasih kepada Allah adalah kewajipan seorang Mukmin. Malah Allah menjanjikan ganjaran bagi mereka yang mensyukuriNya dan mengancam mereka yang ingkar. Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.:
Bersyukur atau berterima kasih kepada Allah adalah kewajipan seorang Mukmin. Malah Allah menjanjikan ganjaran bagi mereka yang mensyukuriNya dan mengancam mereka yang ingkar. Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.:
"Siapa yang tidak bersyukur dengan benda yang sedikit, dia juga tidak akan bersyukur dengan benda yang banyak. Siapa yang tidak mensyukuri manusia, bererti dia juga tidak mensyukuri Allah. Memperkatakan nikmat Allah adalah tanda syukur, dan mengabaikannya adalah kufur. Berjemaah itu dirahmati, sedangkan berpecah belah itu mengundang azab." (Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad pada bab Awal Musnad Ahli Kufah: Baki Hadis al-Nu'man bin Basyir r.a.)

