Showing posts with label Solat. Show all posts
Showing posts with label Solat. Show all posts
Green Tea
Sejak kebelakangan ini penulis sering dihujani dengan soalan-soalan berkaitan jamaah dan apakah maksud sebenar jamaah itu, tak kurang juga beberapa orang sahabat dan adik-adik yang bertanya tentang pendekatan dakwah yang sebenar bagi menjelaskan Islam secara menyeluruh. Penulis merasakan ramai sahabat yang agak terkeliru dengan maksud sebenar jamaah sehingga menyebabkan mereka yang terkeliru ini menjadi taksub membuta tuli, mudah menghukum orang yang tidak satu jamaah dengannya dengan pelbagai label.. munafiq, bughoh, pengkhianat dan bermacam-macam lagi label.
Penulis menyeru agar sahabat-sahabat meneliti firman Allah subhanahu wata`ala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ (102) وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا وَاذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنْتُمْ عَلَى شَفَا حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آَيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam. Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliah) bermusuh musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.”(ali-Imran 3:102-103)
Ibnu Kathir di dalam Tafsirnya menafsirkan tali Allah sebagai al-Quran (Tafsir al-Quran al-`Azhim, Ibn Kathir juz 2, ms 89, Maktabah Syamilah Edisi ke 2)
Seterusnya beliau membawa hadith:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ يَرْضَى لَكُمْ ثَلَاثًا وَيَكْرَهُ لَكُمْ ثَلَاثًا فَيَرْضَى لَكُمْ أَنْ تَعْبُدُوهُ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَأَنْ تَعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah radiallahu`anhu katanya: Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya Allah meredhai ke atas kamu tiga perkara dan membenci ke atas kamu tiga perkara, kamu mengabdikan diri kepadaNya dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun, kamu berpegang dengan tali Allah (agamaNya) dan tidak berpecah belah.” (HR Muslim no:3236)
Labels: , 1 comments |
Green Tea


Oh Gebet, mein Augenlicht! Ich entflehe tausendmal Verzeihung von meinem Rabb und von dir, da ich dich verlassen habe. Tausendfach entschuldige ich mich bei dir und erfrische meinen Iman! Erneut glaube ich an meinen Rabb und an dich. Ich will dich lebendig verrichten, indem ich dich neu entdeckt habe, neu verstanden habe, neu erlernt habe! Ich will dich verrichten mit Demut, Bewusstsein und mit Ikhlas, als wärst du neu offenbart worden und dich so verstehen.

Ich habe mein Herz vor spirituellen Krankheiten, Schmutz und Rost befreit. Meinen Magen habe ich von jeglichem Haram gereinigt. Ich habe alle Hindernisse aufgehoben und mich erneut Dir zugewandt. Deswegen inspiziere ich Dich erneut und versuche Dich zu lernen. Deine Wichtigkeit, deinen Wert, deine Weisheit und dein Wesen erforsche ich erneut und versuche danach zu handeln.

Oh mein Augenlicht, mein Gebet! Sehe nicht auf meine Unwissenheit und meine Ghafla! Sehe nicht auf mein Desinteresse dir gegenüber! Bitte verlass mich nicht! Beraube mich nicht von solch einer großen Barmherzigkeit, Dankbarkeit, Gottesvertrauen, Du'a, Segen und Vergebung, so wie du es bist!

Hier geht's weiter...

Green Tea

Soalan;
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya dan mendapatkan kepastian tentang penggunaan contact lens (kanta lekap) semasa solat, puasa, adakah sah ibadatnya??
Dan di dalam islam bolehkan seseorang itu menggunakan contact lens samada menpunyai masalah rabun atau sekadar pakai suka-suka?
Cappuccino

 

Solat menjadi Ibadah utama seorang muslim, kewajipan solat ini menjadi salah satu cara untuk berkomunikasi langsung seorang hamba dengan Tuhannya. Banyak hikmah di dapati berkaitan perintah solat ini. Baik secara kesihatan, psikologi, sains, dan masih banyak lagi hikmah yang lain. Salah satu hikmah diperintahkan solat sebanyak 5 (lima) waktu. Rahsia ini terungkap berdasar beberapa kajian dan pengamatan para ahli di bidangnya.
Perpindahan waktu adalah bahagian dari kekuasaan Allah swt yang mempunyai hikmah dan kekhususan pada masing-masing. Setiap peralihan waktu solat, sebenarnya bersamaan dengan terjadinya perubahan tenaga alam yang boleh diukur dan dapat dirasakan melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing lagi bagi mereka yang akrab dengan dunia fotografi.
Pada waktu ini, alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersesuaian dengan frekuensi tiroid (kelenjar gondok). Dalam fisiologi, tiroid mempunyai pengaruh terhadap sistem metabolisme tubuh manusia. Warna biru muda juga mempunyai rahsia tersendiri berkaitan dengan rezeki dan cara berkomunikasi. Mereka yang masih tertidur pulas pada waktu Subuh akan menghadapi masalah rezeki dan komunikasi. Hal ini terjadi kerana tiroid tidak dapat menyerap tenaga biru muda di alam ketika ruh dan jasad masih tertidur. Pada saat Azan Subuh berkumandang, tenaga alam ini berada pada tingkatan optimum. Tenaga inilah yang kemudian diserap oleh tubuh kita terutama pada waktu ruku ‘dan sujud.
WAKTU ZOHOR
Warna alam menguning dan berpengaruh terhadap perut dan sstem pencernaan manusia secara keseluruhan. Warna ini juga mempunyai pengaruh terhadap hati. Di samping itu warna kuning ini juga mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan seseorang. Jadi bagi mereka yang selalu ketinggalan atau melewatkan solat Zuhur berulang-ulang kali, akan menghadapi masalah dalam system penghadaman serta berkurang keceriaanya.
Green Tea

Green Tea

- by Rabiatul Fatimah Azzahra binti Rashid -
"Aku bukan orang jahat. Aku tak ada merompak atau bunuh orang. Aku tak ada sebar fitnah buruk tentang orang lain. Aku tak ada minum arak. Aku macam muslim biasa. Berpakaian mengikut kebanyakan orang."
"Tetapi kenapa tiba waktu solat, aku malas sangat nak dirikan solat? Malas sangat. Kadang-kadang tu ada la juga satu waktu dalam sehari, bila saat iman naik sikit kan... Sikit je la. Itu pun acuh tak acuh, macam tak solat pun ye juga rasanya. Sebab tak rasa apa-apa. Lepas tu iman turun balik. Ada terus tak buat juga solat tu. Aku rasa berdosa tapi aku tak mampu berubah. Kenapa dengan aku ni sebenarnya?"
"Aku bukan orang jahat. Aku jenis manusia yang suka sangat bantu orang lain. Kadang-kadang hati aku tersentuh lihat pengemis tepi jalan. Aku tak sanggup tengok jadi aku bersedekah. Aku pun macam muslimah lain. Berpakaian macam perempuan lain kebanyakan tetapi mungkin ada satu, dua, tiga yang tak sempurna. Aku tahu tapi mungkin itu boleh diubah lagi. Tetapi yang paling aku risau, aku susah sangat nak ubah diri yang malas solat. Aku tahu berdosa tapi senang sahaja aku membiarkan waktu solat berlalu tanpa mendirikannya. Kenapa aku jadi macam ni? I...I just don't get it...Please, help me..."
***
Apa hikmahnya solat dikatakan sebagai tiang agama? Kenapa solat sangat penting dan menjadi tiang agama? Sebagai seorang muslim, pastinya anda telah menghafal lumat Rukun Islam yang lima bukan? Ya, kerana solat merangkumi kelima-lima Rukun Islam tersebut.
Bermula dari Rukun Islam yang pertama iaitu mengucap dua kalimah syahadah. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Bacaan syahadatain (dua kalimah syahadah) dibaca dalam tasyahud akhir yang merupakan salah satu rukun solat. Yang mana jika tiada dilakukan, maka solat tersebut tidak sah. Syahadatain ada dalam solat.
Rukun Islam yang kedua iaitu mendirikan solat lima waktu sehari semalam. Solat itu sendiri ada dalam perintah solat yang diwajibkan sepertimana yang terkandung di dalam kitab panduan, Al-Quran. Setiapnya ada waktu yang telah ditetapkan.
Rukun Islam yang ketiga iaitu menunaikan zakat. Zakat membawa makna pembersihan dan penyucian. Pembersihan pada harta yang juga ada padanya hak orang lain dan penyucian terhadap akhlak terutama dari sifat bakhil selain menanam sifat bertolak ansur serta syukur. Hikmah zakat ada dalam solat. Suci daripada hadas kecil dan besar merupakan salah satu syarat sah solat selain memastikan badan, pakaian dan tempat solat suci daripada najis. Solat juga berperanan untuk menyucikan jiwa tatkala sujud menyembah Allah Yang Esa.
Rukun Islam yang keempat iaitu berpuasa dalam bulan Ramadan. Puasa membawa maksud menahan diri dari lapar dan dahaga. Makan dan minum termasuk antara perkara yang membatalkan solat hatta menelan air liur yang masih lagi terasa manisnya. Puasa mengajar supaya menahan diri daripada percakapan yang buruk atau sia-sia. Berkata-kata dengan sengaja selain daripada Al-Quran, zikir atau doa walaupun satu huruf membatalkan solat. Hikmah puasa ada dalam solat.
Dan yang terakhir, ialah mengerjakan haji. Tawaf ditunaikan dengan mengelilingi kaabah yang merupakan kiblat umat Islam sebanyak tujuh kali. Menghadap kiblat antara syarat sah solat. Demikianlah Hikmah haji juga ada dalam solat.
Subhanallah!
Labels: , 0 comments |
Green Tea
- by S. Azra. ZR -

Sebelum turunnya perintah solat dan terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj, berlakunya peristiwa pemulauan terhadap Rasulullah s.a.w. serta ahli keluarga Baginda. Ia memakan masa selama tiga puluh bulan.

Kesan permulauan itu mengheret Khadijah r.ha. ke lembah sengsara; kesihatan diri merosot dengan teruk.

Manakan tidak... lantaran kehabisan makanan untuk mengalas lapar, isteri yang menjadi benteng kepada Rasulullah s.a.w. itu terpaksa memetik pucuk-pucuk tamar dan daun-daun kayu muda buat santapan sekeluarga. Hidup mesti diteruskan! Alangkah pilunya...

Tersayat sembilu di dada Rasulullah s.a.w. melihat Khadijah terlantar di dalam selimut duka dengan wajah dan pipi yang cengkung, terbaring di atas ribaan Rasulullah s.a.w.  Rasulullah menahan sebak, bergoncang dada menghimbau kenagan dan sorotan peristiwa lampau bersama isteri tersayang.

Ada air mata bertakung dan melimpahi bingkai mata, menitis ke atas pipi Khadijah r.ha. Khadijah tersedar daripada lena kepenatan. Dalam seribu kepayahan bersalut resah, digagahkan dirinya untuk bangun. Bibirnya bergetar meluahkan suara, "Apakah yang menyebabkan engkau menangis wahai Rasulullah?" Itulah kebiasan isteri mithali ini, tidak rela melihat suami dalam keadaan gundah dan sedih.

Rasul s.a.w. memangku kembali Khadijah. Dalam bisikan perlahan Baginda berkisahkan tentang perjalanan hidup bersama Khadijah - daripada tiada siapa yang ingin bersama... Khadijah menerimanya. Ketika orang lain membenci... Khadijah tetap menyayanginya. Ketika gawat ... Khadijah menghulur semua kekayaannya untuk Rasulullah.

Tutur bicara Rasul s.a.w. bergetar sambil menatap wajah isteri tersayang ... ada lukisan derita dan kesakitan yang menghibakan pandangan. Garisan keperitan yang panjang.

"Alangkah banyak apa yang telah engkau berikan kepadaku dan agama ini wahai Khadijah ..."

Rasulullah s.a.w. mengusap ubun-ubun isteri mulia itu dalam sedu tangis yang kian tidak tertahan.

Tidak lama kemudian dia berangkat pergi buat selama-lamanya menghadap Tuhan ... meninggalkan Rasulullah di bumi terasing, dalam karangan perjuangan yang masih belum selesai.

Rasulullah s.a.w. menamakan tahun itu 'tahun dukacita' sebagai luahan betapa dalamnya cinta serta gawatnya badai perjuangan buat tatapan umat tersayang agar mengetahui nilai dan erti Islam yang diperjuangkannya. Yang pasti, kemudiannya Rasulullah s.a.w. dijemput menghadap Allah untuk menerima solat sebagai perawatan bagi jiwa dan peledak perjuangan dengan tenaga raksasa di dalam jiwa Baginda. Solat adalah hadiah terindah daripada Allah.
Green Tea
Bacaan Dalam Solat Perlu Tertib

BOLEHKAH ustaz senaraikan surah yang perlu dibaca dalam solat? Apakah benar panjang pendek sesuatu surah itu akan menentukan kedudukannya sama ada di rakaat awal atau akhir.



*********************
Ustaz Zahazan Mohamed

BACAAN surah dalam solat hendaklah dibaca dengan tertib dan tartil serta dibezakan bacaan dengung suara antara sebutan rahmat dan sebutan azab, antara sebutan tahmid (memuji) dengan sebutan tamjid (memuliakan), antara sebutan wa'du (janji baik untuk yang taat) dengan wa'id (janji jahat untuk yang ingkar). Jika kita melakukan sedemikian, barulah solat kita dikatakan berbekas pada jiwa dan perasaan.
Begitu juga hendaklah kita berhenti (waqaf) pada tiap-tiap ayat, atau di tempat yang dipandang baik berhenti pada tempat itu.

Mengenai soal memanjangkan atau memendekkan surah yang dibaca iaitu Rasulullah SAW kadang-kala membaca surah panjang, sederhana dan kadang-kadang pendek. Baginda SAW membaca bersesuaian dengan keadaan ketika itu.

Rasulullah SAW juga sentiasa membaca surah dari awal, tidak pernah Baginda memulakan bacaan pada pertengahan surah atau pada akhir surah. Baginda SAW kadang-kadang menghabiskan bacaan surah di pertengahan surah itu pada satu rakaat saja, dan kadang-kadang Baginda berhenti di pertengahan surah dan Baginda menamatkannya di rakaat kedua.

Tidak ada riwayat yang menyatakan Nabi SAW membaca satu atau dua atau tiga ayat daripada satu-satu surah, atau membaca akhir surah melainkan di solat sunat fajar (Subuh).

Pada solat sunat fajar (Subuh), Nabi SAW membaca di rakaat pertama satu ayat pada surah al-Baqarah, iaitu ayat 136. Pada rakaat kedua sunat fajar (Subuh), Baginda membaca satu ayat pada surah Ali Imran ayat 64.

Rasulullah SAW pernah membaca satu surah di kedua-dua rakaat, seperti mana Baginda pernah membaca kedua-dua surah tiap-tiap rakaat. Umpamanya, Rasulullah SAW pernah membaca surah al-A'raf pada solat Maghrib, sebahagiannya Baginda baca di rakaat pertama dan sebahagian lagi dibaca pada rakaat yang kedua.

Rasulullah SAW pernah membaca surah al-Zalzalah di kedua-dua rakaat solat Subuh. Rasulullah SAW pernah membaca kedua-dua surah daripada surah al-Mufashshal, pada satu-satu rakaat.

Rasulullah SAW pernah memanjangkan bacaan ketika solat Subuh setiap hari, lebih panjang daripada solat fardu yang lain pada hari itu.

Rasulullah SAW pada setiap solat ghalibnya (lazimnya) memanjangkan bacaan surah pada rakaat pertama dibandingkan rakaat kedua.

Surah terpendek yang Baginda baca pada solat Subuh ialah Surah Qaf dan surah yang ukuran sepertinya. Menurut keterangan yang sahih, bacaan ketika solat Subuh itu, lazimnya sebanyak 60 hingga 100 ayat (iaitu bagi tiap-tiap rakaat).

Di solat Subuh pada pagi Jumaat, Baginda tetap membaca pada rakaat pertama Surah as-Sajadah dan di rakaat kedua, membaca surah al-Insan. Baginda membaca dengan lengkap, tidak pernah Baginda membaca setengahnya saja.

Pada solat Zuhur, Rasulullah SAW membaca (panjangnya) 30 ayat (seperti panjang surah as-Sajadah). Rasulullah SAW juga membaca pada solat Zuhur surah al-A'la dan al-Lail atau Surah al-Buruj dan surah At Taariq dan seumpamanya.

Ketika solat Jumaat, Rasulullah SAW biasa membaca surah al-Jumaah pada rakaat pertama dan surah al-Munafiqun pada rakaat kedua. Adakalanya Baginda SAW membaca surah al-A'la dan al-Ghasyiah.

Read More here >>

Cappuccino

Question: I would like to know how many rakats do u have to pray if the time of the prayer has gone past ( kaza ). Some say you just pray the farz Salat which I am doing at the moment when i don't have time to pray at the right time and the salat time has gone past.
Answer: Firstly: It is not permissible for a Muslim to delay the prayer until its time is over with no excuse. Allaah says (interpretation of the meaning):
“Verily, As‑Salaah (the prayer) is enjoined on the believers at fixed hours” [al-Nisa’ 4:103]
i.e., at specific times.
Reasons why prayers may be delayed until their time is over include sleeping and forgetting. It was narrated that Anas ibn Maalik said: The Prophet of Allaah (peace and blessings of Allaah be upon him) said:“Whoever forgets a prayer or sleeps and misses it, its expiation is to make it up as soon as he remembers it.” Narrated by Muslim, 684.
With regard to work, study, etc, these are not excuses that allow delaying a prayer until its time is over. Allaah praises some people by saying (interpretation of the meaning):
“Men whom neither trade nor sale (business) diverts from the remembrance of Allaah (with heart and tongue) nor from performing As‑Salaah (Iqaamat‑as‑Salaah) nor from giving the Zakaah. They fear a Day when hearts and eyes will be overturned (out of the horror of the torment of the Day of Resurrection)”
[al-Noor 24:37]
Cappuccino


Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya:
“Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?” – H.R Muslim.
Huraian :
Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat jumaat hukumnya adalah fardhu ain ke atas setiap individu muslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaan-Nya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah pintu hatinya lama-kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah menjadikan mereka semakin sesat dan tanpa segan terus melakukan dosa-dosa yang lain.
Sesungguhnya orang yang dibenarkan meninggalkan solat Jumaat hanyalah mereka yang menghadapi kesukaran yang mencapai darjah keuzuran syar’i sepertimana yang berlaku kepada orang sakit dan orang musafir. Oleh itu sekiranya seseorang itu tiada sebarang alasan yang munasabah di sisi syarak untuk meninggalkan solat Jumaat, maka hendaklah mereka mengerjakannya kerana solat Jumaat selain dariapada suatu kewajiban dalam beribadat kepada Allah S.W.T ia juga merupakan suatu syiar Islam yang wajib dipelihara demi menjaga kesucian agama.

- Source ohislam.com -
Cappuccino


Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang. Berikut merupakan 15 Kelebihan Sujud Di Dalam Solat. Semoga ia dapat memotivasikan diri untuk tidak meninggal solat wajib dan mengejar berbuat solat sunat.
1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.
2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
3. Melegakan sakit hernia.
4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud dalam solat adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
7. Meringankan bahagian pelvis.
8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.
9. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. – Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.
10. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
Cappuccino
1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, putihkanlah >mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"
Green Tea
-by Abdullah Dawah -


Bismillahi-Rahmani-Raheem
(In The Name Of ALLAH, The Merciful, The Compassionate)

A Person Who Doesn't Pray Is Like A Ship In The Middle Of A Big Sea Without A Compass, Finally The Person Who Doesn't Pray Can't Find The Right Way Such Like The Ship Without The Compass.

Don't You Have Time To Waste Your Time For ALLAH SWT To Perform You Prayers?

Dont You Have Time?! Are You To Busy??! BUSY to do bad deeds such like having a boy/girl friend, flirting with girls/boys, stealing, cheating by buying or selling, going to disco, drinking, being a play boy instead of being a Pray Boy! .... All this bad things are bad deeds and it's also HARRAM!! if you do Harram then you will receive bad deeds and finally if you don't repent for your sins Then believe me each bad deeds will be your reason for getting a hotter place in the HELL! 

What Will Be Your Excuse After The Death Infront Of ALLAH SWT That You Didn't Pray??!
There Is No Excuse For Not Praying! 
As Long As You Have A Brain To Think There Will Be No Excuse For Not Praying Even If You Are Blind And Have No Legs! You Still Can Pray Without Legs Only By Sitting!
And What About You Who Is Able To See And Have Legs?!! 
Do You Think You Will Not Die?! WALLA WALLA Nobody Will Get Out Alive In This World!!!

Read More here >>
Cappuccino


Ayat ini diturunkan setelah Hijrah.Semasa penurunannya, ianya diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliannya. Syaitan dan Iblis juga gempar kerana adanya satu perintang dlm perjuangan mereka. Rasulullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid Tsabit menulis dan menyebarkannya.
1) Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu,setiap pagi dan petang,setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir,Insyaallah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan,kejahatan manusia,binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga,anak-anak,harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.
Green Tea
Please Doa for our sisters and brother who are suffering like Gaza & Syria!


Labels: , 0 comments |
Green Tea