Showing posts with label Country. Show all posts
Showing posts with label Country. Show all posts
Cappuccino
- by Shahrul Zaman Lukman -



Al-Ubullah merupakan sebuah kota tua yang termasuk dalam wilayah Basrah. Al-Ubullah diperintah seorang gabenor yang bernama Sinan bin Malik. Sinan mempunyai seorang anak kecil sekitar usia lima tahun yang sangat dicintainya bernama Suhaib. Anak yang aktif dan periang, membuatkan hati Sinan berasa senang apabila melayaninya dan melupai sejenak kesibukannya sebagai gabenor.

Suatu hari Suhaib yang masih kecil ketika itu dan ibunya berangkat ke sebuah kampung bernama al-Tsany, Iraq. Tanpa diduga kampung berkenaan  diserang tentera Rom. Mereka membunuh ramai penduduk kampung, mencuri harta dan menawan yang lainnya termasuk Suhaib.

Suhaib dibawa ke negeri Rom dan dijual untuk dijadikan hamba. Hiduplah Suhaib sebagai hamba abdi, walhal ayahnya adalah seorang gabenor wilayah. Tuannya bersilih ganti, termasuklah daripada kalangan pembesar istana.

Sepanjang masa yang dilaluinya itu, membuatkan dirinya mengenali masyarakat Rom secara lebih mendalam. Dia mendapati di dalam istana-istana mereka penuh dengan perbuatan hina dan keji. Kezaliman berleluasa. Suhaib membenci gaya hidup seperti itu. Suhaib pernah berkata bahawa masyarakat Rom tidak dapat disucikan kembali kecuali ditimpa angin taufan.