Showing posts with label Hidup. Show all posts
Showing posts with label Hidup. Show all posts
Cappuccino


-by Azzam Supardi -

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya pada hari kiamat kelak, Allah akan befirman yang bermaksud: 'Di manakah orang yang saling mencinta kerana-Ku? Pada hari ini Aku akan menaungi mereka di bawah naungan-Ku; pada hari ini tidak ada naungan selain naungan-Ku'" (Riwayat Muslim)

Dari puncak gunung, pandangan matanya melebar ke segenap dataran yang luas terbentang. Dataran yang kaya dengan flora dan fauna anugerah Tuhan. Rongga dadanya segar menghirup udara dari puncak.

Di sudut itu dia memikirkan tentang agama yang disayanginya. Agama yang dianutinya. Memiliki penganut tetapi ramai yang tidak setia. Ramai yang telah lupa. Ramai mengaku masih beriman tetapi terpesong daripada amalan. Jika kita punyai teman, kemudian berlalu pergi dan tidak setia lagi, bagaimanakah perasaan ini? Pasti hati akan bersalut perasaan marah dan sedih. Sedih memikirkan teman tidak setia lagi.

Namun andai kita lupa pada Islam, Allah sesekali tidak akan berasa rugi dan bersedih kerana janji Allah itu pasti. Islam tetap akan tertegak suatu hari nanti biarpun kini, mata ini tidak akan sempat melihat kemilau cahayanya menerangi seluruh alam. Biarpun kini cita-cita itu terasa sukar untuk digapai, pasti Allah menggantikan golongan yang lalai ini dengan golongan yang memiliki hati yang jitu untuk bangkit membawa obor Islam. Golongan ini mencintai Allah dan Allah juga mencintai mereka.

Islam yang indah akan dapat diamalkan sepenuhnya. Dunia ini akan dibanjir kasih sayang kepada Pencipta dan sesama makhluk. Tiada yang menindas dan tiada yang tertindas. Dunia akan dilimpahi rahmat berpanjangan. Tertegaknya hukum Allah menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat kerana Dia tahu segalanya. Kerana Dia yang mencipta kita dan mengatur sistem hidup kita.

Saat itu akan terpadamlah api marak kejahilan yang meratah minda umat Islam. Akan musnahlah kata-kata sinis yang memperlekehkan Islam. Tiada lagi kata-kata nista menghina agama Allah ini. Seluruh alam akan bersatu untuk berlindung di bawah redup kasih-Nya.  
Green Tea
- by Noorjehan Baharudin -

Kehidupkan kita sebagai seorang Muslim perlu berlandaskan syariat. Muslim yang sejati sentiasa mematuhi tatacara hidup yang digariskan oleh Allah serta tunduk dan patuh kepada perintah Ilahi. Mereka beramal seolah-olah melihat. Allah di depan mata pesis seorang pekerja yang berhati-hati meneladani tugas apabila ketua berada di depan mata.

Renungilah. Sesungguhnya jalan kehidupan seorang Muslim sangat terancang dan bersistematik. Bermula dari benih dalam rahim ibu hingga mata terpejam meninggalkan dunia fana.

Kita membesar di sebalik syariat yang sungguh unik dan agung. Sungguh lengkap dan tidak mungkin berlaku cacat cela dan kepincangan. Kita dibekalkan sebuah kitab panduan sebagai manual untuk menelusuri sebuah kehidupan yang penuh berliku dan ranjau yang tidak diduga.

Sebagai contoh, barangan elektrik yang kita beli kebiasaannya mempunyai manual khusus agar pengguna dapat menggunakan alat tersebut dengan baik dan betul. Jika arahan manual diabaikan, pasti barang yang dibeli akan rosak dan tidak dapat digunakan lagi.

Begitulah kita sebagai insan memerlukan panduan agar hidup menjadi terarah.

Namun insan sering tidak menghayati manual kehidupkan yang Allah bekalkan kepada kita. Malah ada yang memilih jalan kehidupkan berdasarkan nafsu dan keinginan mereka. Mengapa kita sukar mengikut ajaran Allah sedangkan kita hamba ciptaan-Nya?

Read More here >>
Cappuccino
- by Akhi Surrya & Aina Amidin -



Saudari-saudara sekalian , masihkah kita ingat kisah perjuangan dan ketabahan seorang Nabi yang bernama Ayub a.s. Begitu tersentuh kala mendengar kisah Nabi Ayub a.s yang telah disampaikan oleh Ustazah Nurhafizah Musa ketika di rancangan Halaqah sentuhan Qalbu yang berjudul 'Nota deritaku'.
Izinkan saya untuk berkongsi atas nama cinta kepada Allah.
Ia bermula dengan Nabi Ayub a.s telah ditimpa pelbagai penyakit yang dasyhat sehingga dia tidak upaya untuk bangun , dan pada masa itu juga daripada awal Nabi Ayub a.s menjadi seorang yang kaya raya , dengan tiba-tiba akhir nya Nabi Ayub a.s menjadi faqir miskin. Hartanya hancur begitu saja kerana ditimpa pelbagai kesulitan.
Maka datang lah iblis itu menyamar sebagai lelaki dan mencuba untuk menggoda Nabi Ayub a.s supaya tidak berharap pada Allah s.w.t.
Si iblis berkata : "Sungguh malang nasib mu wahai Ayub , dulu kamu orang kaya sekarang kamu miskin. kasihan sekali dengan kamu."
Tapi Nabi Ayub a.s menjelaskan dengan penuh ketabahan.
"Segala puji bagi Allah, Allah telah mencurah diri ku nikmat , dimana nikmat itu adalah hak milik Allah.. dan saat Allah ingin kembali nikmat tersebut diambil. Maka Allah layak untuk mengambil nya dan aku sangat bersyukur kepada-Nya."
SubhanaAllah!
Hebatnya orang yang bersyukur kepada Allah. Impak kebaikan kesyukuran tersebut akan kembali pada kita sendiri. Itulah kekayaan syukur , Allah tambah cinta dan kasih kepada kita semua.
"..... Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji."
(Surah Luqman ayat 12)
Betapa hebatnya kesyukuran Nabi Ayub a.s sehingga Iblis laknatullah benci , berdendam dan sangat kecewa...
Pada satu saat, Allah SWT menguji lagi ketabahan Nabi Ayub di mana baginda ditimpa ujian dengan kematian anak-anaknya yang soleh, yang selama ini menyokong perjuangan baginda. Anak Nabi ayub a.s kesemuanya ditaqdirkan mati di dalam sebuah gempa bumi yang dahsyat.
Iblis datang lagi mengambil kesempatan terus menerus menghasut Nabi Ayub a.s ,
"Wahai Ayub , apa yang ada pada mu ! harta benda mu telah pun hilang , anak-anak kamu semua nya telah diambil kembali oleh Allah. Apa yang ada pada kamu?"
Lalu Nabi Ayub a.s menjawab dengan penuh rendah hati,
"Anak-anak itu adalah milik Allah. Dia yang menghidup kan dan Dia jua yang mematikan. Segala puji bagi Allah."
Nabi Ayub tidak putus asa kepada Allah walau pun telah kehilangan segala-galanya, tapi beliau redha selagi tidak kehilangan cinta Allah. Inilah sifat dan ciri-ciri orang yang beriman kepada Allah.
Tidak putus asa walau apa jua sekali pun , kerana mereka tahu ujian itu adalah satu didikan langsung daripada Tuhan. Allah mendidik kita melalui kesusahan, kesenangan, pujian mahu pun cercaan.
Seolah-olah Tuhan berpesan. ..
Green Tea

Cappuccino


Allah berfirmanAllah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahan jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia lepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditetapkan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir. (QS Az Zumar, 39:42)
Kehidupan Muslim dan bukan Muslim, antara bezanya apabila terjaga dari tidur di pagi hari, seorang Muslim itu rasa bersyukur kerana Tuhannya masih memberikan masa dan usia untuk terus bergerak di atas bumi. Perasaan itu tiada pada bukan Muslim.
Seorang Muslim tidak mampu untuk hidup sempurna jika dia tidak bergantung sepenuh dengan Tuhannya. Dengan adanya rasa bertuhan, seorang muslim itu beralasan dan adanya sandaran jika berlaku sebarang perkara pada dirinya di hari-harinya, ianya datang dari kehendak Tuhannya. Oleh itu tidak berlaku pertentangan antara dirinya dan yang disandarkannya.
Di pagi hari, naiknya matahari, cuaca bertukar, tumbuhnya tumbuhan, bertambahnya manusia, pada hemah seorang Muslim itulah tanda atau ‘ayat’ yang menambahkan keimanan dan rasa perlunya ia meneruskan kehidupan mencari kebenaran melalui Tuhannya yang menyediakan ‘ayat’ itu. Saat itu juga, tumbuh iman dan bertambah kuat imannya.
Bagi mereka yang beriman dan hidup berdasarkan ajaran Al Quran, di hari-harinya penuh dengan bukti dan kenyataan serta keberadaan Allah yang menuntut kepada iman, contohnya nikmat membuka mata, kerana di waktu tidur matanya terpejam seolah berada dalam kematian terpisah dirinya dengan dunia. Siapakah yang mengawal perkara itu?
Orang beriman yang hidup sesuai dengan ajaran Al Quran mengetahui nilai dari kesempatan yang diberikan oleh Allah kepadanya ini (mungkin yang terakhir baginya) sebelum tidur. Dia menyimpannya dalam ingatan dan dengan ikhlas mendekatkan diri kepada Allah, dia memohon ampun atas tindakannya yang salah, memohon pertolongan Allah dalam segala hal, dan berdoa hanya kepada-Nya dalam larutnya malam.
Aku bukan Albino: Aku sedari, aku mesti berubah kepada kehidupan melalui jalan-jalan kehidupan Muslim sebenar. Aku hidup kali kedua. Aku mesti tidak mensia-siakan kehiduapan kali kedua ini.
- Source http://biarakuterbang.blogspot.com -