Showing posts with label Sahabat. Show all posts
Showing posts with label Sahabat. Show all posts
Green Tea
- by Ustaz Anwar Mohammad -

Daripada Anas bin Malik r.a., Baginda s.a.w. bersabda, "Tidaklah beriman seorang daripada kamu sehinggalah aku lebih dicintainya daripada keluargamya, hartanya dan seluruh manusia." (Riwayat al-Bukhari)
Cinta adalah buktil iman. Tidak berlaku percintaan yang hanya melibatkan satu pihak sahaja. Cinta terbit daripada dua pihak yang saling menyintai. Cinta agung hanyalah pada hubungan Allah dengan hamba-Nya. Namun apa pula bukti cinta? Jika bukti cintanya Allah kepada hamba-Nya terletak pada kesenangan hidup yang dinikmati, Firaun dan Qarun serta para pembesar Musyrikin Quraisy adalah orangnya. Justeru tidak demikian.

Bukti cinta hamba kepada Tuhannya adalah kesanggupan menyerahkan kesenangan hidup bukan menerima kesenangan, sekalipun yang perlu diserahkan itu adalah nyawa.

Lihatlah Sayidina Mus'ab bin Umair r.a. ; tidak berasa ragu-ragu untuk 'menyerahkan' nyawa ibunya sendiri yang masih Musyrik demi mengharapkan cinta Allah dan Rasul-Nya. Walaupun ibunya sudah tidak bermaya akibat mogok lapar yang dilakukannya sebagai usaha memujuk Mus'ab kembali kepada agama sembahan berhala, Mus'ab tidak berganjak.

Apa kata Mus'ab bin Umair, menjawab desakan ibunya ... "Seandainya ibu punyai seratus nyawa ibu keluar satu demi satu, saya tetap tidak akan meninggalkan Islam sama sekali!"

Bukti cinta Mus'ab bin Umair r.a. disambut oleh Allah dan Rasul-Nya; dapat disaksikan tika pengakhiran hidupnya. Sabda Baginda s.a.w. ketika menyaksikan syahidnya Mus'ab, "Lihatlah kepada lelaki ini yang telah diterangi Allah hatinya, sesungguhnya aku melihatnya ketika dia bersama ibu bapanya dahulu adalah seorang yang diberi makan dan minum yang terbaik (meah), namun dia memilih cinta Allah dan Rasul-Nya sepertimana yang kamu lihat sekarang."

Read More here >>

Cappuccino
- by Zuraimi Ismail -

Segala-galanya sudah diputuskan. Hati sudah nekad dan niat sudah bulat. Biar apa pun yang terjadi, pergi tetap pergi. Berpantang maut sebelum ajal.

Gendang perang sudah pun dipalu. Rasulullah saw sedang bersiap diri untuk menyahut bunyi paluan itu. Gemanya beralun memenuhi ruang angkasa. Kemudian menjauh dan terus menjauh dibawa terbang dek deru angin padang pasir hingga ke lereng-lereng perbukitan di dataran Uhud. Di sanalah medan tempurnya.

Rasulullah saw melemparkan pandangan ke arah sekumpulan Sahabat yang sedang menunggu Baginda. Daripada warna wajah mereka, secalit pun tidak terlukis bayang-bayang takut atau cemas. Tiada apa yang perlu ditakutkan kiranya bunyi semboyan perang itu adalah suara-suara lambaian sang bidadari di taman syurga.

"Salam ke atas engkau, wahai Nabi Allah," ucap satu suara tiba-tiba. Rasulullah saw lantas berpaling. Air muka Baginda sedikit bertukar, seketika.

"Untuk apa engkau ke mari, wahai Amar bin Tsabit?" Rasulullah saw mengaju pertanyaan.

"Wahai Nabi Allah, aku meminta belas ihsanmu. Islamkan aku, " kata Amar sungguh-sungguh.

Tuntutan itu mengejutkan Rasulullah saw. Namun Baginda menyambut dengan senyum kesyukuran. Apabila Allah melimpahkan taufik dan petunjuk-Nya ke dalam hati seseorang hamba-Nya, mudah sahaja berlaku perubahan meskipun mendadak dan tidak pernah terduga oleh sesiapa.

Read More here >>

Cappuccino
- by Ustaz Anwar Mohamad -

Inilah ungkapan khalifah Islam yang kedua, sahabat besar Baginda s.a.w. yang telah disabdakan, "Jika setelahku diutuskan nabi, Umarlah orangnya."

Daripada ibn Umar r.a., sabda Baginda s.a.w. lagi, "Sesungguhnya Allah meletakkan kebenaran itu di atas lidah Umar." 

Menyelusuri detik-detik kewafatannya, ia dilalui dengan penuh tragis; ditikam oleh seorang hamba Majusi bersama Abu Lu'luah. Ketika itu Khalifah Umar sedang khusyuk mengimami solat Subuh. Perit menanggung kesakitan tikaman, masih lagi memikirkan hubungannya dengan manusia serta hubungannya dengan Pencipta melalui soalannya:
"Siapakah yang menikam diriku?" 

Bimbang ketidakadilan pemerintahannya membuatkan manusia berdendam dengannya.
"Sudahkah daku mengerjakan solat?"
Bimbang akan tanggungjawabnya dengan Allah jika belum tertunai. Saat itu tergambar bahawa telah termakbul doanya dahulu:
"Ya Allah! Matikanlah aku syahid di jalan-Mu dan di dalam nengeri-Mu."

Terus bercita-cita ingin bersama kekasih murabbi agung, Sayyiduna Muhammad s.a.w.. Ketika di atas ribaan anaknya, Ibn Umar, beliau menyuruh agar kepalanya diletakkan di lantai. Acap kali beliau pengsan, diangkat semula kepalanya ke pangkuan. Saat tersedar, disuruh meletakkan kepalanya di lantai semula. Perlakuan ini menghairankan si anak serta sahabat yang berada di sekeliling. Jawab Umar apabila ditanya:
"Celakalah diriku! Celakalah ibuku jika Allah tidak merahmati diriku."Rasa takut menyelubungi.
Sayyiduna Ibn Abbas r.a. cuba menenangkan gundah-gulana khalifah yang sedang bertarung dengan kesakitan yang semakin hebat itu dengan mengungkapkan pujian terhadap kelebihan-kelebihan dianugerahkan Allah kepadanya. Umar menjawab, "Adakah pada kepimpinan itu engkau memujiku? Demi Allah! Sesungguhnya diriku berada dalam kekuasaan-Nya. Lebih aku sukai jika diriku keluar dari dunia ini sepertimana aku memasukinya, tiada pahala dan juga dosa."

Cappuccino

"Kau tahu apa itu makna uhibbuki fillah?" tanya seorang sahabat kepada saya.
"Mencintaimu kerana Allah," Ringkas jawapan saya.  
Kelihatan tidak senang duduk sahabat dengan jawapan saya. Riak muka tidak puas hati lagaknya.
"Memanglah, itu direct translate. Tak semua orang faham erti itu sebenarnya. Cuma mengungkap tetapi tidak sampai jauh ke dasar hati, kerana itu setiap perkara yang dilakukan pasti ada kurangnya, hingga kadang-kadang boleh menjadi cemburu dalam berukhwah. Manusia sebegini masih keliru sebenarnya," luah sahabat dengan air muka penuh kekesalan.
Terhenti seketika kerja yang saya sedang lakukan. Berfikir tentang kata-kata sahabat sebentar tadi.
"Cemburu dalam berukhwah? Saya setuju, bahkan ada yang masih tidak mampu mentafsir ertiuhibuki fillah itu sendiri. Keliru itu benar. Realitinya kerana fitrah berkasih yang terlampau. Rasa menyayangi yang terlampau hingga ada istilah 'dia milik aku' sahaja. Astaghfirullahal azzim, mohon dijauhkan perasaan sebegini," memandang sahabat dengan penuh pengertian.
Benar, ini kisah realiti. Sebenarnya ramai yang masih keliru dengan perasaan sendiri. Fitrah manusia memang mahu menyayangi dan disayangi, tetapi berpadalah dalam berkasih dan sayang hingga timbul perasaan ingin memiliki. Mengikut ilmu psikologi, inilah yang dinamakaninnate motive.
Green Tea

Cappuccino






Umar lalu memperhatikan keadaan kamar Nabi SAW. Terlihat tiga lembar kulit binatang yang telah disamak dan sedikit gandum di sudut kamar itu, selain itu tidak terdapat apa pun. Umar menangis sesenggukan melihat keadaan N
abi yang seperti itu.



Tiba-tiba Rasulullah SAW bertanya kepada Umar, “Mengapa engkau menangis, wahai Umar?”




“Bagaimana saya tidak menangis, ya Rasulullah. Saya sedih melihat bekas tanda tikar di badan Tuan yang mulia dan saya prihatin melihat keadaan kamar ini. Semoga Allah SWT mengkaruniakan kepada tuan bekal yang lebih banyak.


Labels: , 0 comments |