- by Ustaz Khairul Naim Che Nordin -

"Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan-Nya, dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
Dengan penegasan ini, manusia tiada peluang langsung untuk menyerupakan dan menyamakan Allah dengan makhluk. Tiada peluang untuk cuba menonjolkan 'zahir fizikal' Tuhan mengikut khayalan atau menokok tambah sifat-sifat Tuhan menurut logik akal mereka sendiri. Bahkan, untuk mengkhayalkan bagaimana 'diri' Allah SWT itu pun bukan di bawah kemampuan manusia.
Malah dalam hal ini kita dilarang berfikir tentang zat Allah. Dalam sebuah hadis daripada Ibn Umar r.a., daripada Rasulullah SAW, Baginda bersabda: "Fikirkanlah tentang nikmat Allah dan pemberian-Nya dan janganlah engkau fikirkan tentang zat Allah." (Riwayat Abu al-Syeikh dan al-Tabarani)
Nikmat Allah SWT dan segala pemberian-Nya kepada manusia merupakan antara tanda pemurah dan penyayangnya Allah. Bahkan sudah semestinya semua itu bukti kewujudan-Nya. Yalah, masakan boleh ada nikmat tanpa wujudnya pemberi nikmat itu.
Allah Maha Penyayang adalah antara nama-nama Allah yang 99. Walaupun Rasulullah menjelaskan 99 nama-nama tersebut, jumhur ulama secara ijma' menyatakan bahawa ia melebihi jumlah itu. Sebahagian nama Allah disebut dalam al-Quran dan juga hadis, namun ada juga yang tidak disebutkan oleh Nabi.
Nama-nama Allah SWT ini bukan sejakadar untuk dihafal dan disebut di mulut semata-mata tetapi perlu difahami dan imani dengan sungguh-sungguh. Dalam hal ini, ulama telah menggariskan bahawa keimanan kepada nama-nama Allah SWT perlu dibuktikan dengan pengamalan dan tindakan yang sejajar dengan nama-nama tersebut.
Read More here >>
Zat, Sifat dan Perbuatan Allah SWT amat jauh berbeza dengan batang tubuh, perbuatan dan sifat-sifat manusia. Perbezaan ini secara tegas difirmankan oleh Allah SWT dalam surah al-Syura ayat 11 yang bermaksud:
"Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan-Nya, dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
Dengan penegasan ini, manusia tiada peluang langsung untuk menyerupakan dan menyamakan Allah dengan makhluk. Tiada peluang untuk cuba menonjolkan 'zahir fizikal' Tuhan mengikut khayalan atau menokok tambah sifat-sifat Tuhan menurut logik akal mereka sendiri. Bahkan, untuk mengkhayalkan bagaimana 'diri' Allah SWT itu pun bukan di bawah kemampuan manusia.
Malah dalam hal ini kita dilarang berfikir tentang zat Allah. Dalam sebuah hadis daripada Ibn Umar r.a., daripada Rasulullah SAW, Baginda bersabda: "Fikirkanlah tentang nikmat Allah dan pemberian-Nya dan janganlah engkau fikirkan tentang zat Allah." (Riwayat Abu al-Syeikh dan al-Tabarani)
Nikmat Allah SWT dan segala pemberian-Nya kepada manusia merupakan antara tanda pemurah dan penyayangnya Allah. Bahkan sudah semestinya semua itu bukti kewujudan-Nya. Yalah, masakan boleh ada nikmat tanpa wujudnya pemberi nikmat itu.
Allah Maha Penyayang adalah antara nama-nama Allah yang 99. Walaupun Rasulullah menjelaskan 99 nama-nama tersebut, jumhur ulama secara ijma' menyatakan bahawa ia melebihi jumlah itu. Sebahagian nama Allah disebut dalam al-Quran dan juga hadis, namun ada juga yang tidak disebutkan oleh Nabi.
Nama-nama Allah SWT ini bukan sejakadar untuk dihafal dan disebut di mulut semata-mata tetapi perlu difahami dan imani dengan sungguh-sungguh. Dalam hal ini, ulama telah menggariskan bahawa keimanan kepada nama-nama Allah SWT perlu dibuktikan dengan pengamalan dan tindakan yang sejajar dengan nama-nama tersebut.
Read More here >>
Labels:
Allah,
Cinta,
Dakwah,
Farduh Ain,
Hadith,
Hidayah,
Motivasi,
Nabi,
Nikmat,
Paradies,
Rasulullah,
Syurga
0
comments
|
