- by Ustaz Khairul Naim Che Nordin -
"Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan-Nya, dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
Dengan penegasan ini, manusia tiada peluang langsung untuk menyerupakan dan menyamakan Allah dengan makhluk. Tiada peluang untuk cuba menonjolkan 'zahir fizikal' Tuhan mengikut khayalan atau menokok tambah sifat-sifat Tuhan menurut logik akal mereka sendiri. Bahkan, untuk mengkhayalkan bagaimana 'diri' Allah SWT itu pun bukan di bawah kemampuan manusia.
Malah dalam hal ini kita dilarang berfikir tentang zat Allah. Dalam sebuah hadis daripada Ibn Umar r.a., daripada Rasulullah SAW, Baginda bersabda: "Fikirkanlah tentang nikmat Allah dan pemberian-Nya dan janganlah engkau fikirkan tentang zat Allah." (Riwayat Abu al-Syeikh dan al-Tabarani)
Nikmat Allah SWT dan segala pemberian-Nya kepada manusia merupakan antara tanda pemurah dan penyayangnya Allah. Bahkan sudah semestinya semua itu bukti kewujudan-Nya. Yalah, masakan boleh ada nikmat tanpa wujudnya pemberi nikmat itu.
Allah Maha Penyayang adalah antara nama-nama Allah yang 99. Walaupun Rasulullah menjelaskan 99 nama-nama tersebut, jumhur ulama secara ijma' menyatakan bahawa ia melebihi jumlah itu. Sebahagian nama Allah disebut dalam al-Quran dan juga hadis, namun ada juga yang tidak disebutkan oleh Nabi.
Nama-nama Allah SWT ini bukan sejakadar untuk dihafal dan disebut di mulut semata-mata tetapi perlu difahami dan imani dengan sungguh-sungguh. Dalam hal ini, ulama telah menggariskan bahawa keimanan kepada nama-nama Allah SWT perlu dibuktikan dengan pengamalan dan tindakan yang sejajar dengan nama-nama tersebut.
Read More here >>
Hari ini berapa ramai yang mebaca al-Quran, namun hanya sempai di kerongkongnya sahaja. Samalah seperti yang berpuasa seharian, namun hanya mendapat lapar dan dahaga atau bersolat siang dan malam, namun yang diperoleh hanyalah rasa letih. Ibadah mereka sekadar memenuhi tuntutan wajib, tidak dengan penghayatan dan keikhlasan.
Oleh sebab itu mulai hari ini marilah kita mencari kaedah bagaimana untuk kita mampu menghayati sifat penyayang Allah melalui nikmat-nikmat yang dicurahkan-Nya. Kaedah terbaik ialah dengan mencontohi ikutan terbaik bagi seluruh umat manusia, Rasulullah SAW. Perilaku Baginda dalam berkasih sayang merupakan contoh terpuji.
Terdapat banyak contoh yang boleh kita jadikan ikutan tentang bagaimana Rasulullah SAW menebarkan kasih sayang untuk umatnya. Antaranya, kisah dakwah Rasulullah SAW ke Taif bersama Zaid bin Harithah yang tidak disambut dengan baik oleh penduduknya. Usaha dakwah yang dilakasanakan tiga tahun sebelum hijrah ini memaparkan tragedi getir yang terpaksa dihadapo Baginda.
Ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah SAW bukan sekadar ditolak mentah-mentah, bahkan Baginda dan Zaid dihalau dari negeri itu. Baginda diheret dan ditolak oleh penduduk yang sangat membencinya hanya kerana ajaran yang dibawa bercanggah dengan anutan yang mereka pegang secara taklid daripada nenek moyang. Ujian bertambah getir apabila batu-batu menhujani mereka berdua sehingga mengalirlah darah membasahi tubuh.
Bayangkan Rasulullah dengan bedudukannya yang dekat dengan Allah boleh sahaja memohon dibinasakan penduduk di situ. Namun Baginda bukan penghukum. Malah sewaktu Baginda dalam kesakitan dan malaikat menawarkan kepada Rasulullah untuk menurunkan azab dan membinasakan penduduk Taif, Baginda dengan kasih sayang berkata,"Biarkan sahaja mereka, semoga Allah kelak melahirkan dari tulang-tulang sulbi mereka generasi-generasi yang mengesakan Allah."
Rasulullah bukan sahaja tidak marah terhadap, perbuatan mereka itu, malah Baginda berdoa agar kesemua mereka diberikan hidayah kerana penduduk ini disebut oleh Rasulullah sebagai golongan yang tidak mengetahui. Adakah manusia lain yang mempunyai jiwa besar, bersifat mengasihani dan pemaaf seperti ini?
Rasulullah bukan sekadar menyayangi manusia yang tidak dikenalinya, bahkan yang menyakiti dirinya. Itu bukan penghalang bagi Rasulullah mencurahkan rasa sayang dan pemaafnya kepada umat Baginda. Kalau begitu apa sikap kita terhadap manusia lain, wajarkah kita terus memusuhi saudara seislam?
Banyak hadis yang disabdakan oleh Baginda berkenaan kepentingan berkasih sayang. Sabda Baginda yang maksudnya: "Demi diriku yang berada di tangan-Nya, kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman dan kamu tidak dinamakan beriman sehingga kamu berkasih sayang." (Riwayat Ibn Majah)
Dalam hadis yang lain Baginda bersabda: "Barang siapa tidak berasa belas kasihan terhadap sesama manusia, Allah pasti tidak akan menaruh belas kasihan kepadanya." (Riwayat al-Tirmizi)
Lantas apa lagi alasan kita untuk terus membenci seseorang hanya kerana berselisih faham atau berbeza pandangan dengannya?
Zat, Sifat dan Perbuatan Allah SWT amat jauh berbeza dengan batang tubuh, perbuatan dan sifat-sifat manusia. Perbezaan ini secara tegas difirmankan oleh Allah SWT dalam surah al-Syura ayat 11 yang bermaksud:

Post a Comment