Showing posts with label Fatwa Ulama. Show all posts
Showing posts with label Fatwa Ulama. Show all posts
Cappuccino

- by Syaikhul Islam Ibnu Thaimiyyah-
Syaikhul Islam Ibnu Thaimiyyah berkata:
والذنوب تنقص الإيمان فإذا تاب العبد أحبه الله وقد ترتفع درجته بالتوبة قال بعض السلف كان داود بعد التوبة خيرا منه قبل الخطيئة فمن قضى له بالتوبة كان كما قال سعيد ابن جبير إن العبد ليعمل الحسنة فيدخل بها النار وإن العبد ليعمل السيئة فيدخل بها الجنة وذلك أنه يعمل الحسنة فتكون نصب عينة ويعجب بها ويعمل السيئة فتكون نصب عينة فيستغفر الله ويتوب إليه منها
“Dan dosa-dosa akan mengurangi keimanan. Apabila seseorang hamba itu bertaubat, maka Allah akan mencintainya dan ketika itu diangkat darjatnya kerana taubat tersebut. Telah berkata sebahagian dari para salaf: “Dahulu setelah Nabi Daud ‘alahis salam bertaubat, keadaannya lebih baik dibandingkan sebelum dia terjatuh ke dalam kesalahan. Maka barangsiapa yang ditakdirkan untuk bertaubat, maka dirinya seperti yang dikatakan oleh Sa’id ibnu Jubair radiyallahu anhu, “Sesungguhnya seorang hamba yang beramal dengan amalan kebaikan, boleh jadi dengan sebab amalan kebaikannya itu akan memasukkannya ke dalam neraka. Boleh jadi pula seorang hamba melakukan amalan keburukan akan tetapi membawa dirinya masuk ke dalam surga. Hal itu adalah kerana dia membanggakan amalan kebaikannya. Sebaliknya, hamba yang terjatuh ke dalam kesalahan membawa dirinya untuk beristighfar kepada Allah dan memohon ampun kepada-Nya, kemudian Allah mengampuni kesalahan-kesalahannya.