Showing posts with label Salam. Show all posts
Showing posts with label Salam. Show all posts
Green Tea

"Sesungguhnya Allah dan melaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w.); wahai orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya." (Al-Ahzab: 56)

Waktu mengucapkan selawat dan salam 

Orang yang beriman diperintah mengucapkan selawat dan salam dalam pelbagai keadaan. Ada kalanya ia menjadi satu kewajipan, dan ada ketikanya sunat dan harus. Berikut adalah waktu-waktu kita disuruh untuk berselawat dan memberi salam kepada Nabi s.a.w.

Semasa azan 

Dalam sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Mas'ud, Rasulullah s.a.w bersabda: "Apabila engkau mendengar azan, sunat bagimu mengulangi apa yang disebut oleh juru azan dan kemudian ucapkan selawat ke atasku. Allah akan memberi 10 kebaikan untuk satu selawat. Kemudian berdoalah sesuatu untukku, yang mempunyai suatu tempat di dalam syurga dan hanya seorang yang terhormat sahaja yang dapat memasuki tempat itu. Aku berharap bahawa akulah orangnya. Dengar, sesiapa yang berdoa untukku ia akan dijamin untuk menerima doa daripadaku." (HR Ahmad)