Cappuccino


Selalu Bangun Tidur Awal

Rasulullah s.a.w. selalu bangun tidur sebelum subuh bagi melaksanakan solat sunnah. Suasana segar pada waktu subuh amat mencergaskan minda.

Tidak Suka Marah

Marah berlebihan akan membuatkan seseorang itu panas baran dan boleh menghidap darah tinggi. Sifat Rasulullah s.a.w. adalah penyantun dan amat pemaaf. Baginda sering mengajar para sahabat agar menahan marah dan menganjurkan agar banyak bersabar.

Suka Buat Kerja

Antara perangai Rasulullah s.a.w. yang amat disenangi oleh isteri-isteri baginda ialah sifat ringan tulang melakukan sesuatu dengan sendiri, seperti menjahit, memasak, membantu urusan rumah. Ringan tulang menyebabkan baginda berpeluh dan sihat.

Suka Berjalan Kaki

Sama ada ke pasar atau ke kebun, baginda gemar berjalan dan menyapa sahabat. Kadang kala, baginda mengunjungi rumah para sahabat. Dengan berjalan, baginda menggerakkan seluruh tubuh dan ini dapat melancarkan aliran darah dan yang baik untuk jantung.

Read More here >>

Selalu Menjaga Kebersihan

Diri Rasulullah s.a.w. sentiasa bersih dan rapi. Rumah serta persekitarannya juga amat bersih. Baginda sentiasa kelihatan kemas dengan rambut yang tersikat. Sentiasa membersihkan gigi, memotong kuku dan menjaga misai dan janggut. Baginda amat gemar wangi-wangian. Gaya hidup Nabi adalah bersih dan sihat.

Makan yang sekadarnya

Di dalam kitab Sirah Halabiyah menjelaskan bahawa Nabi s.a.w. seorang yang tidak makan sebelum lapar, dan jika makan tidak sampai terlalu kenyang. Bahkan, Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa keluarga Nabi s.a.w, tidak pernah makan roti sya'ir sampai kenyang dua hari berturut-turut hinggalah Rasulullah s.a.w. wafat.

Suka Bersukan

Rasulullah s.a.w. mahir menunggang kuda dan memanah. Baginda amat menganjurkan umatnya ahar pandai berenang.

0 Responses

Post a Comment