Waktu mengucapkan selawat dan salam
Orang yang beriman diperintah mengucapkan selawat dan salam dalam pelbagai keadaan. Ada kalanya ia menjadi satu kewajipan, dan ada ketikanya sunat dan harus. Berikut adalah waktu-waktu kita disuruh untuk berselawat dan memberi salam kepada Nabi s.a.w.
Semasa azan
Dalam sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Mas'ud, Rasulullah s.a.w bersabda: "Apabila engkau mendengar azan, sunat bagimu mengulangi apa yang disebut oleh juru azan dan kemudian ucapkan selawat ke atasku. Allah akan memberi 10 kebaikan untuk satu selawat. Kemudian berdoalah sesuatu untukku, yang mempunyai suatu tempat di dalam syurga dan hanya seorang yang terhormat sahaja yang dapat memasuki tempat itu. Aku berharap bahawa akulah orangnya. Dengar, sesiapa yang berdoa untukku ia akan dijamin untuk menerima doa daripadaku." (HR Ahmad)
Puteri Nabi s.a.w, Fatimah meriwayatkan bahawa Rasulullah mengucapkan selawat dan salam ketika masuk dan keluar dari masjid.
Dalam tasyahud akhir
Kebanyakan ahli hukum berpendapat, membaca selawat dalam tasyahud pada rakaat terakhir solat adalah wajib.
Dalam solat jenazah
Seperti yang diajarkan oleh Nabi s.a.w, ia dibaca selepas takbir kedua solat jenazah.
Dalam solat Hari Raya
Di akhir doa
Diriwayatkan oleh Saydina Umar; "Doa akan berhenti di antara bumi dan langit sehingga selawat diucapkan, barulah ia naik ke langit." (At-Tirmizi)
Hari Jumaat adalah hari terbaik untuk selawat
Rasulullah s.a.w bersabda: "Hari yang terbaik ialah hari Jumaat. Oleh itu, perbanyakanlah selawat kepadaku. Ucapan selawatmu akan disampaikan kepadaku."
Dalam khutbat Jumaat
Menurut Imam Syafi'i dan Imam Ahmad, hukumnya adalah wajib.
Orang yang di dalam ihram
Mereka yang di dalam ihram pasti akan melakukan solat, tawaf dan sai, yang memerlukan mereka berselawat.
Post a Comment