Green Tea
1. Tangan di atas (memberi) lebih baik daripada tangan di bawah (menerima).

2. Ikhlas dalam bersedek
ah. Wajib mengikhlaskan sedekah hanya kerana Allah dan demi mendapatkan keredhaan-Nya. Sedekah dengan menunjuk-nunjuk dan berbangga diri menyebabkan kerugian di akhirat kelak.

3.Mendahulukan sedekah yang wajib. Sebagaimana yang disebut dalam hadis qudsi yang bermaksud: " ... dan tidaklah seorang hamba mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku sukai daripada apa-apa yang telah Aku wajibkan atasnya..."(Riwayat al-Bukhari)

4. Tidak boleh menunda untuk membayar sedekah (zakat) yang wajib tanpa adanya keuzuran.

5. Sedekah atau zakat yang dikeluarkan hendaklah dipastikan diberi kepada mereka yang benar-benar memerlukan seperti orang miskin, anak-anak yatim, janda dan sebagainya. Firman Allah yang bermaksud: " Sesungguhnya zakat hanya untuk orang fakir, miskin, pengurus-pengurus zakat, para mualaf, untuk memerdekakan hamba, yang berhutang, yang berjuang di jalan Allah dan orang yang bermusafir." (Surah al-Tawbah 9:60)

Read More here >>

6. Bersedekah dengan harta yang halal antara sebab sedekah tersebut diterima oleh Allah dan membuahkan pahala.

7. Tidak mengungkit-ungkit sedekahnya sebagaimana firman Allah yang bermaksud:" Wahai orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima)..." ( Surah al-Baqarah 2:264)

8. Wajib ke atas pemberi sedekah merenung nikmat Allah s.w.t. ke atas dirinya kerana Allah memberikan rezeki yang lebih.

9. Mendahulukan sedekah kepada waris terdekat, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: " Sedekah kepada orang miskin ( mendapat satu pahala), sedangkan sedekah kepada kaum kerabat mendapat dua pahala iaitu pahala sedekah dan silaturahim" ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

10. Jangan buruk siku. Tidak harus seseorang mengambil kembali sedekah daripada orang yang menerimanya. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: " Perumpamaan orang yang bersedekah kemuadian dia mengambil kembali sedekahnya, seperti anjing yang memuntahkan sesuatu kemudian ia menjilat muntahnya untuk memakannya kembali." (Riwayat Muslim)
Labels: , ,
0 Responses

Post a Comment