- by Syaikhul Islam Ibnu Thaimiyyah-
والذنوب تنقص الإيمان فإذا تاب العبد أحبه الله وقد ترتفع درجته بالتوبة قال بعض السلف كان داود بعد التوبة خيرا منه قبل الخطيئة فمن قضى له بالتوبة كان كما قال سعيد ابن جبير إن العبد ليعمل الحسنة فيدخل بها النار وإن العبد ليعمل السيئة فيدخل بها الجنة وذلك أنه يعمل الحسنة فتكون نصب عينة ويعجب بها ويعمل السيئة فتكون نصب عينة فيستغفر الله ويتوب إليه منها
“Dan dosa-dosa akan mengurangi keimanan. Apabila seseorang hamba itu bertaubat, maka Allah akan mencintainya dan ketika itu diangkat darjatnya kerana taubat tersebut. Telah berkata sebahagian dari para salaf: “Dahulu setelah Nabi Daud ‘alahis salam bertaubat, keadaannya lebih baik dibandingkan sebelum dia terjatuh ke dalam kesalahan. Maka barangsiapa yang ditakdirkan untuk bertaubat, maka dirinya seperti yang dikatakan oleh Sa’id ibnu Jubair radiyallahu anhu, “Sesungguhnya seorang hamba yang beramal dengan amalan kebaikan, boleh jadi dengan sebab amalan kebaikannya itu akan memasukkannya ke dalam neraka. Boleh jadi pula seorang hamba melakukan amalan keburukan akan tetapi membawa dirinya masuk ke dalam surga. Hal itu adalah kerana dia membanggakan amalan kebaikannya. Sebaliknya, hamba yang terjatuh ke dalam kesalahan membawa dirinya untuk beristighfar kepada Allah dan memohon ampun kepada-Nya, kemudian Allah mengampuni kesalahan-kesalahannya.“
“Telah disebutkan dalam hadits yang shahih bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda: “Amalan-amalan (seorang hamba) tergantung amalan-amalan yang dikerjakan pada akhir kehidupannya.” (HR. Bukhari no. 6607)”
والمؤمن إذا فعل سيئة فإن عقوبته تندفع عنه بعشرة أسباب أن يتوب فيتوب الله عليه فإن التائب من الذنب كمن لا ذنب له أو يستغفر فيغفر له أو يعمل حسنات تمحوها فإن الحسنات يذهبن السيئات أو يدعو له إخوانه المؤمنون ويشفعون له حيا وميتا أو يهدون له من ثواب أعمالهم لينفعه الله به أو يشفع فيه نبيه محمد صلى الله عليه وسلم أو يبتليه الله في الدنيا بمصائب تكفر عنه أو يبتليه في البرزخ والصعقة فيكفر بها عنه أو يبتليه في عرصات القيامة من أهوالها بما يكفر عنه أو يرحمه أرحم الراحمين
“Dan ketika seorang mukmin itu melakukan dosa dan kesalahan, maka dosa-dosa itu akan dihapuskan dengan sepuluh sebab, iaitu:
1. Bertaubat kepada Allah, kemudian Allah mengampuninya. Karena seseorang yang bertaubat dari sebuah dosa seperti orang yang tidak memiliki dosa.
2. Memohon keampunan kepada Allah dan Allah mengampuninya
3. Mengerjakan amalan-amalan kebaikan, kerana amalan-amalan kebaikan itu akan menghapuskan amalan-amalan keburukan.
4. Mendapatkan doa dari saudara-saudaranya yang beriman. Mereka memberikan syafaat kepadanya ketika masih hidup dan sesudah meninggal.
5. Mendapatkan hadiah pahala dari amalan-amalan saudara-saudaranya yang beriman agar Allah memberikan manfaat kepadanya dari hadiah tersebut.
6. Mendapatkan syafaat dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.
7. Mendapatkan musibah-musibah di dunia ini yang akan menghapuskan dosa-dosanya.
8. Mendapatkan ujian-ujian di alam barzakh yang akan menghapus dosa-dosanya.
9. Mendapatkan ujian-ujian di padang Mahsyar pada hari kiamat yang akan menghapuskan dosa-dosanya.
10. Mendapatkan rahmat dari Allah Arhamur Rahimin
فمن أخطأته هذه العشرة فلا يلومن إلا نفسه كما قال تعالى فيما يروى عنه رسوله يَا عِبَادِي إِنَّمَا هِيَ أَعْمَالُكُمْ أُحْصِيهَا لَكُمْ ثُمَّ أُوَفِّيكُمْ إِيَّاهَا فَمَنْ وَجَدَ خَيْرًا فَلْيَحْمَدِ اللهَ وَمَنْ وَجَدَ غَيْرَ ذَلِكَ فَلَا يَلُومَنَّ إِلَّا نَفْسَهُ
Maka barangsiapa yang tidak memiliki salah satu sebab dari sebab-sebab yang boleh menghapuskan dosa-dosa ini, janganlah ia mencela kecuali kepada dirinya sendiri.
Sebagaimana Allah subhanahu wata’ala berfirman: “Wahai hamba-hamba-Ku, sesungguhnya ini adalah amalan-amalanmu. Aku menghitungnya untukmu kemudian Aku membalasnya untukmu. Maka barangsiapa yang mendapatkan kebaikan hendaklah ia memuji Allah, dan barangsiapa yang mendapatkan selain daripada itu maka janganlah ia mencela kecuali kepada dirinya sendiri.” (HR. Muslim no. 2577)”
(Diambil dari Risalah Tuhfatul ‘Iraqiyah fi A’malil Qalbiyyah. m/s: 23, Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah)
- Source asysyariah.com -
Post a Comment