Cinta yang bertandang di lubuk hati itu adalah fitrah. Namun, apabila ia disusuli tindak-tanduk yang tidak Allah redai, ia bertukar menjadi fitnah. Allah SWT memahami fitrah ini dengan mensyariatkan perkahwinan. Justeru itu, untuk apa menikmati cinta sebelum perkahwinan? bimbang-bimbang ia akan menjadi hambar selepas perkahwinan, hilang barakah, hilangnya kemanisan selepas perkahwinan.
Hadis:
"Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang yang syahid"
Hadis lain:
"Sesiapa yang jatuh cinta, lalu dia memelihara kesucian dirinya dan bersabar hingga meninggal dunia, maka dia adalah seorang yang syahid"
BAHAYA CINTA SEBELUM KAHWIN
- Pasti kelak diriku ibarat lembu yang ditarik hidung oleh nafsu.
- Menyibukkan hati merindui makhluk yang tidak halal bagiku seumpama membuka pintu bagi syaitan menjalankan jarumnya untuk melupakanku daripada-Nya.
- Hati akan terseksa dengan barah rindu.
- Rindu palsu akan membelenggu minda hingga ia terjajah dan terhina di bawah jajahan syaitan.
- Cinta lalai akan menyebabkanku alpa daripada mempersiapkan diri untuk keperluan dunia dan akhirat.
- Aku boleh menjadi tidak rasional berfikir jika benar-benar mabuk cinta.
- Fitnah cinta ibarat racun yang akan membunuh akal, jiwa dan perasaan.
- Jiwaku terganggu dalam menilai mana yang baik, mana yang buruk untuk diriku.
- Jika aku dan dia berjaya melangkah ke alam rumah tangga nescaya ia terbina atas dasar maksiat, yang mengundang padah kepada peribadi zuriat kami pastinya.
"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara : kerana hartanya dan kerana keturunannya dan kerana kecantikannya dan kerana agamanya maka pilihlah yang mempunyai(mengamalkan) agama, ia menyenangkan kamu"
*petikan daripada buku Pemilik Cintaku Setelah ALLAH & RASUL
Post a Comment