Cappuccino

Maksud Islam

Bahasa; Berasal dari bahasa Arab iaitu 'salima' - selamat sentosa atau kedamaian serta menyerah diri, tunduk patuh dan taat.

Istilah syarak; patuh dan menyerah diri kepada Allah swt dengan penuh sedar dan rela tanpa paksaan.

Asas utama dalam Islam terbahagi kepada tiga iaitu;

Akidah: yang membentuk iman kepada Allah swt, Rasul, Malaikat, kitab-kitab, hari akhirat serta qada' dan qadar.

Syariah: yang terbahagi kepada ibadah dan muamalah. Ibadah ialah peraturan melakukan ibadat dan taat kepada Allah swt melalui kebaikan kepada manusia dan alam. Muamalah ialah peraturan hubungan sesama manusia yang berkaitan aspek akhlak, ekonomi dan kemasyarakatan.

Akhlah: peraturan berkenaan nilai baik dan buruk antara Tuhan, manusia dan alam.

Rukun Islam

1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Mendirikan Solat.
3. Mengeluarkan zakat.
4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
5. Menunaikan haji ke Baitullah jika mampu.

Maksud Iman.

Bahasa; kata kerja 'aamana' maksudnya percaya atau membenarkan.

Istilah syarak; Pengakuan dengan lidah(lisan), membenarkan pengakuan itu dengan hati dan mengamalkannya dengan rukun(anggota).

Tanpa tiga syarat ini, seseorang belumlah dikatakan beriman dengan sempurna.

Rukun Iman.

1. Percaya kepada Allah swt.
2. Percaya kepada malaikat.
3. Percaya kepada kitab.
4. Percaya kepada nabi dan rasul.
5. Percaya kepada hari akhirat.
6. Percaya kepada qada' dan qadar.

Maksud Ihsan.

Kebaikan atau perbuatan yang baik, yang dilakukan oleh manusia hasil gabungan akal, perbuatan dan percakapan. Setiap individu hendaklah mengabdikan diri kepada Allah swt dengan perasaan seolah-olah kita melihat-Nya dan berasakan Allah swt juga melihatnya. Ihsan ini berkait rapat dengan keikhlasan dalam beribadah atau dalam melaksanakan Islam dan Iman.

- Source 
Labels: , ,
0 Responses

Post a Comment