Green Tea

1. Jangan putus asa

Seorang pencinta sejati tidak akan pernah berputus asa. Dalam perkahwinan, ketabahan dan kesabaran itu amat penting, umpama isi kelapa; amal patinya, buang hampasnya.
Jangan sesekali menjadikan cinta yang pernah hadir dahulu umpama embuh pada pagi hari, kerana sedikit demi sedikit ia menghilang kala bahang mentari kian meninggi. Jika ini dapat dilakukan, maka langkah kedua pasti lebih mudah untuk dilalui, in sha Allah.

2. Perkasakan cinta

Andai pertemuan dengan pasangan adalah kerana cinta, maka pertahankan rasa cinta itu. Namun ia terlebih dahulu perlu dibersihkan daripada nafsu yang menipu, kemudian diperkasakan pula dengan cinta kepada-Nya. 
Gelora cinta ini akan menjadi penawar yang menolak segala kebencian yang hadir terutama ketika berhadapan dengan kerenah pasangan. Jika benar-benar mencinta suami ataupun isteri, maka perasaan cinta ini mampu berfungsi sebagai perangsang untuk membantu pasangan keluar daripada kelalaiannya.
Insafilah, andai benar anda mencinta pasangan di dunia ini dan berkeinginan meneruskan alam percintaan di syurga abadi, in sha Allah, maka dua langkah di atas jangan sesekali diabaikan. Sematkan ayat cinta ini dada kalian; sebagai peringatan, sebagai pedoman cinta orang bertakwa.
Firman-Nya yang bermaksud: "Teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang yang bertakwa." (Surah al-Zukhruf 43:67)

3. Gantungkan harapan

Jika mengharapkan cinta berkesinambungan hingga ke syurga, maka pergantungan yang benar harus diletakkan kepada-Nya. Mengharap pada manusia, rasa kecewa akan menjelma apabila jalan-jalan harapan itu dinodai dengan perlakuan yang tidak terjangka.
Akan tetapi, menggantung harapan kepada Allah, walau apa jua yang berlaku di akhirnya, maka jiwa akan reda dan pasrah atas setiap ketentuan Yang Esa.
0 Responses

Post a Comment