IBADAH HAJI NYATA MAMPU MEMBERIKAN SERIBU SATU PENDIDIKAN SERTA PENGAJARAN. IA MERUPAKAN IBADAH YANG BERBEZA DENGAN IBADAH-IBADAH LAIN DI DALAM ISLAM KERANA IBADAH INI MENGGABUNGKAN BEGITU BANYAK ASPEK SEPERTI KEKUATAN FIZIKAL, MENTAL DAN MATERIAL. INI MEMBUKTIKAN IBADAH INI BEGITU MEMERLUKAN PENGORBANAN YANG BESAR DALAM USAHA MERAIH KEAMPUNAN SERTA KEREDAAN NYA.
Selain itu, ibadah ini merupakan kemuncak bagi ajaran Islam. Ini kerana di dalamnya terkandung 1,000 satu pedoman dan pengajaran yang tersurat mahupun yang tersirat. Kelebihan-kelebihan ini nyata mampu menjadi iktibar serta teladan buat para jemaah.
1 HAJI MENGAJAR ERTI TANGGUNGJAWAB.
Selain itu, ibadah ini merupakan kemuncak bagi ajaran Islam. Ini kerana di dalamnya terkandung 1,000 satu pedoman dan pengajaran yang tersurat mahupun yang tersirat. Kelebihan-kelebihan ini nyata mampu menjadi iktibar serta teladan buat para jemaah.
1 HAJI MENGAJAR ERTI TANGGUNGJAWAB.
Haji wajib ditunaikan bagi mereka yang mampu. Dan sudah pasti sekalian umat Islam baik yang kaya mahupun miskin pasti memasang hajat menjejakkan kaki ke tanah haram ini. Oleh demikian, rukun Islam kelima ini pasti akan membuatkan kita berusaha untuk mencari rezeki yang lebih agar hasrat untuk melengkapkan tanggungjawab sebagai seorang Muslim tercapai.
2 HAJI MENGUATKAN MENTAL, FIZIKAL DAN ROHANI.
Haji merupakan kembara rohani yang begitu mencabar. Para jemaah perlu sentiasa memusatkan fokus mereka terhadap ibadah yang dikerjakan dalam usaha meraih haji yang mabrur. Selain itu, ibadah ini turut menjadi wadah utama dalam membersihkan. Ibadah haji memerlukan kita untuk memiliki fizikal yang kuat dan cergas kerana kita akan menggunakan tenaga yang banyak untuk bergerak dan berjalan. Keupayaan untuk menanggung rindu lantaran berjauhan dengan keluarga serta hal-hal dunia nyata akan melatih kekentalan emosi kita. Dek kerana ini, benteng diri kita untuk menentang segala perkara yang menuntut ketabahan mampu diperkasakan.
Read More here >>
Read More here >>
3 HAJI MENGAJAR ERTI SABAR.
Bagaimana dengan haji kita kalau kita tidak sabar? Nescaya, impian meraih haji mabrur akan lebur dek amarah yang membara. Segala kesusahan dan kepayahan perlu dihadapi dengan sabar dan tabah. Haji mengajar serta memberikan motivasi kepada kita untuk menjadi orang yang berdisiplin. Segala perkara yang dilarang terutamanya ketika berada di dalam ihram perlulah dihindarkan agar ibadah kita menjadi lengkap dan sempurna.
4 HAJI MENGAJAR ERTI KASIH SAYANG.
Haji turut mengajar kita erti kasih sayang. Kita perlu jelas bahawa terdapat segelintir daripada jemaah yang sudah tua dan uzur. Justeru golongan yang sihat dan kuat perlulah menonjolkan semangat persaudaraan dan kasih sayang dengan membantu mereka yang kurang berpaya selain sering mendahulukan mereka.
5 HAJI MENGAJAR ERTI KEHAMBAAN.
Tiada golongan yang disifatkan sebagai kaya mahupun miskin ketika melakukan haji. Justeru tidak perlulah untuk kita berlagak sombong dan bongkak terhadap jemaah lain kerana kita semua adalah sama di sisi Nya. Tidak mengira darjat mahupun harta, masing-masing ingin mengabdikan diri kepada Nya. Apatah lagi, semuanya memakai pakaian serta tertakluk kepada rukun serta peraturan yang sama. Apa yang membezakan hanyalah tahap ketakwaan. Justeru kita perlu memperbanyakkan talbiyah, selawat serta doa sebagai saluran untuk mengadu dan mengharapkan reda serta penerimaan Nya terhadap ibadah yang dikerjakan.
6 HAJI MELATIH DIRI AGAR MEMATUHI PERATURAN.
Haji mengajar kita agar mengikut segala peraturan secara terib dan bersopan. Kita perlu mengawal segala tidak tanduk dengan menghindari segala larangan yang telah ditetapkan. Dan sekiranya kita meninggalkan sebarang rukun wajib haji mahupun wajib umrah atau ingkar untuk menjauhi larangan ketika ihram, nescaya kita akan dikenakan dam (denda) sebagai cara melatih kita bertanggungjawab serta berdisiplin sewaktu menunaikan ibadah haji.
Post a Comment