Green Tea
- by Noorjehan Baharudin -

Allhamdulillah, setiap hari kita dapat melakukan segala aktiviti harian dengan bantuan dan kasih sayang Allah. Kita mampu melihat segala keindahan yang terbentang dengan deria penglihatan yang Allah pinjamkan ini.


Lakaran alam kelihatan indah penuh warna-warni. Tiada sedikit pun kerahan tenaga yang kita curahkan untuk melihat alam yang terbentang luas untuk kita kecapi keindahannya, apatah lagi upah atau bayaran atas nikmat penglihatan yang tidak terucap. 

Cuba kita bayangkan, Allah mencipta mata yang terdiri daripada kombinasi urat saraf, cecair tertentu dan otot. Maha Suci Allah yang memiliki kehebatan yang agung. Mata yang kita miliki kini begitu sempurna sehingga kita mampu melihat kebesaran Allah di sebalik ciptaan-Nya.

Mata yang melihat memerlukan cahaya. Andai cahaya diganti oleh Allah dengan kegelapan, manusia akan meraba-raba dalam kegelapan. Kegelapan ialah sesuatu yang menakutkan dan meresahkan hati kerana  dalam kegelapan tidak dapat diduga bahaya yang akan tiba. Perasaan akan diselubungi ketakutan kerana hitam pekat penglihatan yang tidak dapat membantu kita memilih jalan dan meneruskan langkahan kaki.

Read More here >>



Cuba bayangkan jika kita berada dalam situasi ini; diselubungi hitam pekat kegelapan tanpa cahaya yang menyuluh kehidupan. Tika dan saat itu, diri terasa sungguh malang walaupun memiliki sepasang mata yang cantik dan berfungsi, namun tidak dapat melihat kerana diselubungi kegelapan. 

Secara tidak sedar, kita dianugerahkan suatu nikmat agung yang kita sedang miliki dan mendakapnya. Sungguh besar nikmat ini sehingga dapat memisahkan diri kita daripada "kegelapan" kepada "cahaya". Ia nikmat Islam anugerah Ilahi. Hidup bersamanya terasa indah dan berpisah daripadanya resah dan gelisah. Ialah cahaya agar kehidupan yang kita kecapi ini penuh makna dan 'ibrah.

Duhai jiwa, Islam umpama penglihatan yang membawa manusia memilih jalan benar kerana ia cahaya. Kebatilan pula kegelapan yang mengheret manusia ke lembah hina. 

Subahanallah nikmat yang Engkau anugerahkan tidak terucap andai diri ini mampu merasai dan mensyukuri nikmat-Mu. Sungguh agung pemberian-Mu sehingga diri ini seharusnya malu untuk melakukan kemurkaan terhadap-Mu.
Labels: ,
0 Responses

Post a Comment