- by Noorjehan Baharudin -
Lakaran alam kelihatan indah penuh warna-warni. Tiada sedikit pun kerahan tenaga yang kita curahkan untuk melihat alam yang terbentang luas untuk kita kecapi keindahannya, apatah lagi upah atau bayaran atas nikmat penglihatan yang tidak terucap.
Cuba kita bayangkan, Allah mencipta mata yang terdiri daripada kombinasi urat saraf, cecair tertentu dan otot. Maha Suci Allah yang memiliki kehebatan yang agung. Mata yang kita miliki kini begitu sempurna sehingga kita mampu melihat kebesaran Allah di sebalik ciptaan-Nya.
Mata yang melihat memerlukan cahaya. Andai cahaya diganti oleh Allah dengan kegelapan, manusia akan meraba-raba dalam kegelapan. Kegelapan ialah sesuatu yang menakutkan dan meresahkan hati kerana dalam kegelapan tidak dapat diduga bahaya yang akan tiba. Perasaan akan diselubungi ketakutan kerana hitam pekat penglihatan yang tidak dapat membantu kita memilih jalan dan meneruskan langkahan kaki.
Read More here >>
Allhamdulillah, setiap hari kita dapat melakukan segala aktiviti harian dengan bantuan dan kasih sayang Allah. Kita mampu melihat segala keindahan yang terbentang dengan deria penglihatan yang Allah pinjamkan ini.