Showing posts with label Iman. Show all posts
Showing posts with label Iman. Show all posts
Green Tea
Tuhan yang beri kita rezeki, dan hanya Dia yang berkuasa mengambilnya semula.
Duit dalam genggaman kita, dalam akaun bank, dalam poket seluar mahu pun beg duit belum tentu lagi menjadi milik kita. Bila-bila saja kita mungkin kehilangannya.
Andai ditakdirkan kita mati hari ini, kita kembali kepada-Nya dengan tangan yang kosong.  Tanpa wang, tanpa harta.Semuanya milik Allah. Dan Dia berhak atas segalanya.
Allah swt berfirman :
“Dan ketahuilah bahawasanya harta dan anak itu sebagai ujian; sesungguhnya Allah pada sisi-Nya itu adalah ganjaran yang besar.” – [Surah al-Anfal : 28]
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” – [Al-Baqarah 2:155]
Bila diuji, bersabarlah.. dan senyumlah..
Labels: , 0 comments |
Green Tea

"Sesungguhnya Allah dan melaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w.); wahai orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya." (Al-Ahzab: 56)

Waktu mengucapkan selawat dan salam 

Orang yang beriman diperintah mengucapkan selawat dan salam dalam pelbagai keadaan. Ada kalanya ia menjadi satu kewajipan, dan ada ketikanya sunat dan harus. Berikut adalah waktu-waktu kita disuruh untuk berselawat dan memberi salam kepada Nabi s.a.w.

Semasa azan 

Dalam sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Mas'ud, Rasulullah s.a.w bersabda: "Apabila engkau mendengar azan, sunat bagimu mengulangi apa yang disebut oleh juru azan dan kemudian ucapkan selawat ke atasku. Allah akan memberi 10 kebaikan untuk satu selawat. Kemudian berdoalah sesuatu untukku, yang mempunyai suatu tempat di dalam syurga dan hanya seorang yang terhormat sahaja yang dapat memasuki tempat itu. Aku berharap bahawa akulah orangnya. Dengar, sesiapa yang berdoa untukku ia akan dijamin untuk menerima doa daripadaku." (HR Ahmad)


Cappuccino

Cappuccino


Secebis kata-kata renungan serta amanah yang mesti diamalkan untuk merasai keikhlasan, keyakinan, dan menerbitkan insan bertaqwa. Mengapa kita lemah? Tahap keimanan seumpama buih. Dimana tahap Iman kita?
Berada dikawasan seram, gelap dan sebagainya meremang bulu roma. Bila menyebut nama Allah, adakah rasa meremang bulu roma? Mengapa jadi begini? Kenapa jadi perbezaan yang ketara yang kita sendiri tak tahu puncanya. Jawapannya kerana hati kita menjadi istana syaitan. Samaada setuju atau tak,  kita boleh buktikan. Sesiapa yang merasakan ada saka didalam dirinya cuba lah berzikir dengan kalimah:
Cappuccino

Maksud Islam

Bahasa; Berasal dari bahasa Arab iaitu 'salima' - selamat sentosa atau kedamaian serta menyerah diri, tunduk patuh dan taat.

Istilah syarak; patuh dan menyerah diri kepada Allah swt dengan penuh sedar dan rela tanpa paksaan.

Asas utama dalam Islam terbahagi kepada tiga iaitu;

- Akidah: yang membentuk iman kepada Allah swt, Rasul, Malaikat, kitab-kitab, hari akhirat serta qada' dan qadar.

- Syariah: yang terbahagi kepada ibadah dan muamalah. Ibadah ialah peraturan melakukan ibadat dan taat kepada Allah swt melalui kebaikan kepada manusia dan alam. Muamalah ialah peraturan hubungan sesama manusia yang berkaitan aspek akhlak, ekonomi dan kemasyarakatan.

- Akhlah: peraturan berkenaan nilai baik dan buruk antara Tuhan, manusia dan alam.

Rukun Islam

1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Mendirikan Solat.
3. Mengeluarkan zakat.
4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
5. Menunaikan haji ke Baitullah jika mampu.

Maksud Iman.

Bahasa; kata kerja 'aamana' maksudnya percaya atau membenarkan.

Istilah syarak; Pengakuan dengan lidah(lisan), membenarkan pengakuan itu dengan hati dan mengamalkannya dengan rukun(anggota).

Tanpa tiga syarat ini, seseorang belumlah dikatakan beriman dengan sempurna.

Rukun Iman.

1. Percaya kepada Allah swt.
2. Percaya kepada malaikat.
3. Percaya kepada kitab.
4. Percaya kepada nabi dan rasul.
5. Percaya kepada hari akhirat.
6. Percaya kepada qada' dan qadar.

Maksud Ihsan.

Kebaikan atau perbuatan yang baik, yang dilakukan oleh manusia hasil gabungan akal, perbuatan dan percakapan. Setiap individu hendaklah mengabdikan diri kepada Allah swt dengan perasaan seolah-olah kita melihat-Nya dan berasakan Allah swt juga melihatnya. Ihsan ini berkait rapat dengan keikhlasan dalam beribadah atau dalam melaksanakan Islam dan Iman.

- Source 
Labels: , , 0 comments |