Cappuccino
- by Che Amran Idris -

Kita dituntut setiap kali ingin memulakan sesuatu aktiviti dengan menyebut bismillah. Atau lebih lengkap lagi بسم الله الرحمن الرحيم . Lafaz atau kalimah bismillah ini sangat penting jika mahukan apa yang kita lakukan itu dinilai oleh Allah sebagai ibadah di sisi-Nya. Lafaz ini juga membezakan perbuatan yang disukai oleh Allah dan perbuatan yang disukai oleh syaitan.

Memulakan setiap tindakan dengan menyebut kalimah Allah, secara rasminyakita telah 'bersama-sama' dengan Allah bagi mendapatkan pertolongan dan redha daripada-Nya. Ia seperti "password" untuk mendapat keredhaan Allah. Syaitan sangat tidak menyukai pekerjaan yang dimulai dengan kalimah ini. Usahanya untuk menghasut dan mengganggu sudah terhalang.

Ucapan bismillah tidak boleh digunakan sewenang-wenang. Ia langsung tidak layak dilafazkan jika seseorang itu mahu berbuat maksiat. Bahan jika menempelkan dengan perkara yang berunsur syubhah sekalipun. Berdosa besar hukumnya jika perkataan bismillah dijadikan pelaris untuk amalan ilmu songsang demi kesenangan kehidupan dunia.

Sabda Nabi s.a.w., "Apabila seseorang lelaki memasuki rumahnya, lalu dia menyebut Allah (membaca bismillah) ketika masuk dan ketika makan, maka berkata syaitan. 'Tiadalah peluang aku bermalam dengan kamu dan tiadalah pada malam kamu.' Dan apabila seseorang masuk ke rumahnya, maka di tidak menyebut Allah ketika memasukinya, maka berkata syaitan, ' Aku akan bermalam dengan kamu.'" 
Menurut hadis Nabi s.a.w. lagi, seseorang yang makan tanpa menyebut kalimah Allah (tidak membaca bismillah), syaitan akan turut makan bersama orang itu. Dia berkongsi makanannya dengan syaitan!

Biasakanlah diri agar istiqamah dengan lafaz بسم الله الرحمن الرحيم, setiap kali mahu melakukan apa sahaja; bermula daripada bangun tidur sampailah tidur semula. In-sya-Allah, urusan seharian kita akan dipermudakan oleh Allah. Selain itu, akan dijauhkan oleh Allah daripada gangguan syaitan dan sihir, dimurahkan rezeki dan dimuliakan oleh setiap makhluk serta diberkati kehidupan dunia dan di akhirat.     
Labels: , , ,
1 Response
  1. M. Says:

    terima kasih ^^ini sangat membantu saya untuk menyampaikan tazkirah ringkas di sekolah


Post a Comment