Cappuccino
- by Ustaz Amaluddin Mohd. Napiah -


Bagi umat Muhammad s.a.w. ada khabar gembira yang akan menjadikan kita sentiasa bermotivasi dan penuh komitmen di jalan kesolehan dan keimanan.

Setiap 1000 orang disertai 70,000 orang

Di dalam Musnad Iman Amad, Sunan Tirmizi, dan Sunan Ibnu Majah daripada hadis Abu Umamah daripdad Nabi s.a.w., Baginda bersabda:

"Tuhanku telah menjanjikan kepadaku bahawa ada daripada umatku yang akan masuk syurga sebanyak 70,000 orang tanpa hisab ataupun azab. Berserta setiap ribu orang ada 70,000 orang lagi..."

Kita memohon kepada Allah s.w.t. agar Dia menjadikan kita termasuk golongan mereka. 

Cubalah anda hitung...70,000 orang menyertai setiap seribu orang daripada yang 70,000 itu, berapakah jumlah keseluruhannya mereka-mereka yang bakal dimasukkan syurga tanpa hisab?!

Betapa  agung dan pemurahnya Allah s.w.t..

Dua pertiga ahli syurga adalah umat Nabi s.a.w.

Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa jumlah ahli syurga daripada umat ini dua pertiga daripada seluruh jumlah ahli syurga. Maka julmah umat Muhammad s.a.w. yang masuk syurga lebih banyak dibanding jumlah seluruh umat yang lalu.

Berita  gembira ini datang daripada Nabi s.a.w. ketika bersabda kepada para Sahabatnya pada suatu hari:

"Redhakah kalian, kalau kalian menjadi seperempat (1/4) daripada penduduk syurga?"

Kami menjawab, "Ya." Baginda bersabda, "Redhakah kalian menjadi sepertiga (1/3) daripada penduduk syurga?"

Kami menjawab, "Ya." Sabda Baginda lagi, "Redhakah kalian menjadi setengah (1/2) daripada penduduk syurga?"

Kami menjawab, "Ya." Baginda bersabda lagi, "Demi Allah yang jiwaku ada dalam tangan-Nya, sesungguhnya aku berharap kalian menjadi setengah (1/2) daripada penduduk syurga kerana syurga tidak akan dimasuki kecuali oleh jiwa yang Muslim dan tidaklah jumlah kalian dibanding ahli syirik kecuali seperti jumlah bulu putih pada kulit sapi hitam atau seperti bulu hitam pada kulit sapi merah." (Riwayat Bukhari 6047)



80 saf di dalam syurga

Dalam sebuah hadis yang lain diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Ahli syurga 120 saf, 80 saf terdiri daripada umatku, dan 40 saf lagi daripada umat lainnya." (Riwayat Tirmizi)

Sungguh Nabi Muhammad s.a.w. akan meredhai umatnya dan tidak akan menghina mereka kecuali yang menghina diri mereka sendiri. Inilah yang dikatakan puncak penghargaan dan penghormatan (penghormatan tertinggi) yang diberkan Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w.. Allah berfirman: "Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan kurnia-Nya kepadamu, lalu (hati)kamu menjadi puas." (Adh-Dhuha 93:5)

Semoga Allah s.w.t. menempatkan kita di syurga dengan upaya dan anugerah-Nya, dan semoga Allah melimpahkan selawat kepada Nabi dan penghulu kita, Muhammad.`



0 Responses

Post a Comment